Hotel untuk ‘buang stress’ dengan harga berpatutan di puncak bukit
16 Oktober 2014Excuse me, I am not your bro lah…
20 Oktober 2014Kita selalu mendengar, terbaca atau mungkin mengalaminya. Kejadian dilayan dalam darjah yang tidak sepatutnya oleh pengawal keselamatan. Ada kalanya kita merungut, merasa diri kecil dan seterusnya meluahkan ketidakpuasan hati.
Pengalaman kita dilayan dengan baik oleh pengawal memang banyak tetapi adakah kita akan memujinya? Jika ada , tahniah. CuteCarry ingin menceritakan pengalaman menarik bersama pengawal keselamatan di Bangunan E11, Lembaga Peperiksaan Malaysia,Kompleks E, Putrajaya.
CuteCarry berada disini selama tiga hari iaitu untuk kursus IMAGE-Ketrampilan, Etika Protokol dan Komunikasi bersama Lembaga Peperiksaan , Kementerian Pendidikan. Ini adalah pertama kali melangkah ke bangunan ini dan terus disapa dengan penuh mesra oleh pengawal dikaunter. CuteCarry meminta untuk naik ke dewan tempat dilangsungkan kursus tetapi pengawal tersebut menyatakan ‘kad terlalu terhad’. Walaupun kecewa, tetapi cara pengawal wanita India itu menyatakan pada CuteCarry amat sopan santun. Beliau bangun untuk bercakap dengan CuteCarry berlainan dengan pengalaman di sesetengah tempat yang menjaga kaunter hanya duduk dan cakap dalam keadaan hendak dan tidak sahaja.
CuteCarry memohon juga untuk kad kerana hendak ke tingkat dewan dan akhirnya mereka memberikan kad tersebut. Terima kasih diucapkan.
Persoalannya bukannya kerana berjaya memperolehi kad tetapi pengawal-pengawal disitu amat mesra, murah dengan senyuman dan tidak kekok untuk berbual. Ketika CuteCarry hendak pulang, mereka mengucapkan selamat jalan. I was like ‘wowww’…. they are that friendly! CuteCarry bertanya kepada beberapa peserta kursus tentang adakah pengawal tersebut bersikap sedemikan setiap hari dan mereka mengakui yang pengawal-pengawal tersebut memang amat mesra.
Itulah sikap pengawal keselamatan yang kita kehendaki. Tegas tetapi mesra kerana mereka bukan menjaga penjara tetapi bangunan tempat orang ramai masuk dan keluar.
Sikap pengawal yang menjaga di barisan hadapan (‘front liner’) boleh mencerminkan imej sesebuah organisasi. Pihak pengurusan amat prihatin memberi kursus pada kakitangannya tetapi terlupa untuk memberi latihan yang sama pada pengawal keselamatan. Jika pengawal keselamatan adalah daripada syarikat keselamatan, pastikan saringan yang ketat dibuat dan bukan hanya sekadar tangkap muat. Bukan semua orang sesuai untuk bertugas di barisan hadapan. Ada yang sesuai bertugas mengawal dan ada yang sesuai menyambut.
Terima kasih Jaja, kerana snap photo ini. Zaiton Drahman (Cik Ton), Zuraini Hassan Basari (kak Zura) dan Puspalatah Ramachandram (Kak Puspa) yang amat mesra. Anda patut diberikan penghargaan oleh syarikat atau organisasi yang anda bekerja.
Terima kasih juga kepada semya warga Lembaga Peperiksaan Malaysia kerana memberi peluang kepada CuteCarry. I love ya!!!
Persembahan Kumpulan.
Simulasi fine dining.
C for CuteCarry daripada peserta kursus. Thank you semua!!
Ingin menjemput CuteCarry? Sila hubungi 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah-Pembantu).
Click disini untuk maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini