Buatlah yang terbaik untuk pelanggan untuk terus kekal (Kursus untuk MARA Ventures Sdn Bhd)
30 October 2014Susahkah kata ‘tolong’? (Kursus Komunikasi Kementerian Kesihatan)
1 November 2014Persijilan 5s mungkin menjadi sasaran sesetengah organisasi tetapi ada yang berpendapat remehnya hendak mendapat Persijilan 5s. Ia tidak remeh tetapi jika tidak diatasi masalah ini, bermakna anda menempah kegagalan sebelum bermula. Antara penyebab kegagalan 5s ialah:-
- Tiada kerjasama semua
Jika hanya beberapa orang atau urusetia sahaja yang bekerja siang malam atau ketua yang ambil sikap remeh temeh, anda tidak perlu berangan untuk mendapat persijilan kerana ia tidak akan tercapai!
- Tiada perancangan awal dan terperinci
Siapkan gun chart berdasarkan masa dan apakah aktiviti yang perlu dilakukan untuk mencapai persijilan
- Tiada peruntukan kewangan
Ada agensi yang dikatakan meminta urusetia 5s supaya jual suratkhabar lama untuk menanggung kos aktiviti 5s. Terkejut?
- Sentiasa berfikiran negatif
Semua susah, semua tidak boleh semua mustahil!
- Penyelaras tidak tegas
Penyelaras/urusetia yang tidak komited dan gagal menjalankan tugas
- Tidak mengekalkan momentum
Selepas kursus 5s, semua kembali ke aras ‘S’ yang paling ditakuti ‘SEPAH”
Perkara diatas telah dikongsi bersama peserta kursus 5s di Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Branding & 5s CuteCarry ialah gaya minimal, ringkas, praktikal dan korporat. So expect less labelling and modern look. So apa itu Gerontologi? Gerontologi ialah penyelidikan berkenaan orang-orang tua. Im not a medical or science person so that is the best description that I can give you!

Upucara menurunkan hiasan yang tidak perlu!

Beautiful structure. Universiti Putra Malaysia.

Habis talk, my participants selalu bagi souvenirs pada saya. Terbalik kan, sepatutnya saya yang bagi pd diaorang. Tq to 2 peserta dr Institut Gerontologi, UPM yg bagi rempeyek dan rainbow cookies ni. Moga murah rezeki.
Click disini untuk maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini