Excuse me, I am not your bro lah…

Pernahkah orang memanggil andadalam situasi rasmi dengan gelaran bro, kak, pakcik atau makcik dan anda rasa tidak selesa. Situasi yang dialami oleh CuteCarry ialah:-

i. Calon temuduga yang ingin bekerja sebagai pembantu CuteCarry tulis dalam whatsapp “Sorry bro”… well.. I am  your future boss and finally you are not.

ii. Pegawai yang ditugaskan menjaga kaunter sebuah organisasi terkemuka memanggil  saya “bang”. Mesti tidak hadir kursus CuteCarry!

iii. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Penjual yang berusia awal 20an memanggil CuteCarry ‘uncle’. Wahhh.. adakah saya nampak terlalu tua?

Peristiwa-perisitiwa diatas adalah antara pengalaman yang diceritakan bersama peserta kursus di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Kata panggilan atau gelaran adalah antara perkara yang utama perlu diketahui oleh semua pegawai yang berurusan dengan pelanggan.  Jika anda memanggil seorang lelaki dewasa pakcik dan beliau adalah berjawatan Profesor Dato, beliau mungkin akan rasa tergugat dan tidak dihormati. Ada yang tidak begitu kisah apakah kata panggilan tetapi jika beliau begitu sensitif, mungkin ada peristiwa yang tidak diingini.

Panggilan yang selamat jika tidak pasti apa gelaran seseorang ialah Tuan, Puan atau Encik.

CuteCarry di Dewan Latihan. Loved it!

Terima kasih kepada Jabatan Penyelarasan Pelaksanaan (ICU),Jabatan Perdana Menteri kerana menjemput CuteCarry.

Ingin menjemput CuteCarry? Sila hubungi 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah-Pembantu).

Click disini untuk maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 

Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry