Kursus IMEJ untuk Pensyarah Kolej Poly-Tech Kuala Lumpur
9 September 2014Suasana Perancis bersama para Setiausaha yang comel jelita!
17 September 2014Kita patut berbangga kerana Malaysia melalui Perodua melancarkan satu lagi model kereta terbaru iaitu Axia.
So apa kaitannya antara CuteCarry dan Perodua Axia?
Inilah kaitannya! Gembira dan kagumnya melihat peserta-peserta yang menghadiri kursus IMAGE ABC- Appearance, Behaviour, Communication terampil segak dan anggun pada hari pelancaran model ini.
Cantik-cantik dan manis. Inner neck dan tudung styling daripada Aida Farrel.
Handsome kan mereka semua? Semestinya…
CuteCarry telah dilantik sebagai pelatih untuk kakitangan Perodua yang akan terlibat didalam pelancaran ini. Kursus yang telah diadakan di kawasan kilang Perodua di Rawang ini dilaksanakan dalam suasana penuh santai. Pelbagai perkara yang disentuh antaranya ialah penjenamaan, gaya, bagaimana hendak tampil ‘stylo’ sehinggalah kepada aspek protokol, etika dan komunikasi. Pada hari pelancaran tetamu yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat; media sehinggalah kepada ahli politik. Oleh itu, seni komunikasi dan kelakuan penyambut tetamu seharusnya selaras dengan aspirasi Perodua.
Contohnya, apakah perkara yang boleh dan tidak ketika berbual sesama tetamu. Berkemungkinan ada yang terkeliru tetapi didalam kursus ini ia diterangkan agar ia sesuai dengan suasana pelancaran. Pada hari tersebut, ‘star’ adalah kereta, oleh itu penyambut atau usherer perlulah tahu serba sedikit mengenai kereta tersebut. Jika maklumat teknikal terlalu susah untuk dihadam,apa kata ketahui aspek mudah mengenai ciri-ciri kereta seperti keluasan, keselamatan dan warna. Oh… warna-warna Perodua Axia sangat menarik! Jika hendak tahu lebih lanjut sila ke Perodua yang berdekatan.
CuteCarry juga menyentuh aspek pengendalian majlis untuk penambahbaikan pada masa hadapan.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=KVPNOXw8roY[/youtube]
I love you too!!!
C for CuteCarry! peserta dan urusetia pada hari kursus. Terima kasih!!!
Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini