
Ada Apa Dengan Self-grooming
17 September 2020
2 Pilihan: Ubah Cara atau Hilang Client
18 September 2020Sejak kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP pada 18 Mac 2020 , pastinya terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan untuk mengisi kebosanan di rumah. Ada antara kita yang dari tak pandai masak sudah slow-slow belajar masak, ada yang memulakan bisnes online melihatkan peluang terhampar luas kerana orang ramai makin galak membeli barangan online, dan tidak kurang juga yang ingin menukar imej atau ‘rebrand themselves’.
Hafiz Mustapha dari CuteCarry merupakan seorang perunding imej bertauliah dan telah melatih beribu-ribu orang tentang penampilan diri. Semasa PKP, saya banyak membuat live di FB dan Instagram tentang mengubah penampilan diri. Antaranya ialah tips untuk elak nampak gemuk, tips untuk memilih warna lipstick yang sesuai, mix and match, dan lain lain.
Oleh itu, makin ramai pula clients minta service personal coaching semasa PKP ni. Mungkin kerana mereka tidak mahu berada di zon selesa dan mahu menjenamakan diri. Sampai bila kita mahu menjadi orang yang sama kan?
Hari ini saya akan membentuk jenama dan laluan kerjaya seorang client dan dimulakan dengan makeover. Lokasi yang menjadi titik permulaan kepada hidup yang lebih fabulous ialah di Suria KLCC, syurga membeli belah di tanah airku.

Berminat untuk menjemput CuteCarry sebagai pelatih di syarikat anda? Hubungi CuteCarry sekarang!
