Kursus English dalam Suasana English Garden dan Lord of the Rings di Fraser Hills
27 October 2013Kursus Training of Trainers (TOT) Pelatih Super untuk KPDNKK Perak
1 November 2013Ia adalah sesuatu yang menyeronokkan, terutamaya bila mengendalikan beauty and fashion talk untuk sekumpulan wanita yang happening, mereka semua Selayang GIRLS!!!! Pelbagai golongan peserta daripada peniaga nasi lemak sehinggalah kepada suri rumahtangga.
Program in adalah dibawah anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Selangor dan CuteCarry amat bangga kerana ini adalah JULUNG kalinya kursus Imej diadakan. CuteCarry juga dimaklumkan, kursus yang dijalankan sebelum ini adalah seperti memasak dan menjahit dan bila dimaklumkan akan dianjurkan kelas imej, ia memang ditunggu-tunggu. Peserta yang datang pun amat memberi kerjasama dan memberi tumpuan penuh daripada mula sampai akhir. Ada diantara mereka yang amat gembira kerana berpeluang menghadiri kursus seperti ini yang pertama kalinya dalam hidup mereka!!
Ini adalah kali kedua CuteCarry mengadakan kursus untuk JPW, sebelum ini bersama dengan JPW Wilayah Persekutuan yang ketika itu dibawah kepimpinan Puan Fiza Halim. Beliau ketika ini menetap di Geneva, sedang maintain vogue di Switzerland!
Kursus Imej CuteCarry bukanlah hanya sekadar penampilan tetapi melibatkan ABC iaitu Appearance, Behaviour dan Communication. Oleh itu, ia melibatkan gaya, protokol dan cara komunikasi. Modul disesuaikan ia dengan gaya kehidupan dan latar belakang peserta yang menghadiri kursus ini. Penjual nasi lemak memerlukan imej yang menarik untuk ‘rebranding’ perniagaan, CuteCarry mencadangkan supaya memberi nama gerai nasi lemak beliau supaya lebih dikenali dan tips untuk adik-adik yang sedang mencari pekerjaan untuk ke sesi temuduga. Suri rumah juga diberikan motivasi untuk meningkatkan kehidupan ke tahap yang lebih tinggi. Ingat.. IMEJ yang sewajarnya akan membawa anda ke satu peringkat yang diidamkan. CuteCarry juga berkerjasama dengan makeup artist Joey Make Over untuk sesi praktikal make up. Bertambah-tambah excited para peserta bila Joey berkongsi tips dan teknik dalam solekan.
Tahniah kepada pengurusan dan kepimpinan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Selangor , En Hazimin bin Jamaludin dengan sokongan Norazrin binti Mohamat Janiz dan semua kakitangan JPW Selangor kerana berjaya keluar daripada kebiasaan. Itulah yang dikehendaki daripada orang awam untuk program-program anjuran kerajaan, kreatif dan memenuhi keperluan dan boleh digunapakai didalam kehidupan seharian. Jika setiap tahun asyik program sama sahaja, mesti membosankan juga kan?
BTW, En Hazimin, you are such a very funny and humble guy!
Berminat mengadakan kursus bersama CuteCarry, call 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau klik disini untuk kursus-kursus anjuran syarikat CuteCarry.