From Jalan Duta with orang cukai to Sepang untuk bersama dengan MBJ RELA for IMAGE seminar.
Saya sangat berbesar hati untuk bertemu dengan pegawai RELA kerana mengenangkan jasa jabatan mereka kepada negara tak kira lah yang berada di jalan atau di belakang komputer untuk memastikan urusan berjalan lancar.

Venue seminar ini juga membuatkan saya terpegun. Mana tidaknya, selama ni saya hanya lalu sahaja melepasi Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA setiap kali ke KLIA untuk mengejar flight. Terima kasih kepada pihak RELA kerana akhirnya saya dapat merasai pengalaman berkunjung ke hotel yang sungguh majestic dan futuristic ini. Terima kasih juga saya ucapkan atas kerjasama dan semangat waja yang pihak RELA berikan sepanjang seminar.