Restoran pelakon Aziz Satar? Kursus Protokol dan Etiket Pengendalian Majlis bersama Kementerian Kerja Raya (KKR)

Pernah kah anda ke pantai tetapi tidak menjejakkan kaki ke pasir? Ia berlaku pada CuteCarry ketika berada di Pantai Balok, Pahang.

Thank you to Kementerian Kerja Raya for a very nice room facing the garden and beautiful Pantai Balok, Pahang.
Pantai tersebut amatlah cantik tetapi hanya dilihat dari dalam bilik. Turun dari kereta di depan lobi yang telah diturap dengan tar dan terus ke dalam bilik hotel. Kesempatan untuk menjejakkan kaki ke pantai tidak wujud kerana keletihan dan badan tidak sihat kerana terlalu penat.
Walaupun waktu senggang ada diantara kelas, lebih baik dihabiskan dengan berehat didalam bilik.

Jika bab makan, penat apa pun melanda, makan tetap makan!Pantai Balok terletak berdekatan dengan Kuantan, Pahang dan tidak begitu jauh daripada Kemaman yang memang terkena dengan Restoran Aziz Satar. Dia bukan pelakon itu tetapi mengikut apa yang saya dengar pemilik adalah Aziz dan dia menjual satar. Oleh itu memang sangat kena dengan nama Aziz Satar. Pemilihan nama yang catchy adalah penting bukan hanya dalam perniagaan tetapi juga jika menganjurkan program. Cuba beri sesuatu nama yang mudah diingat dan lagi baik membuatkan orang berfikir dua kali kenapa nama tersebut diberikan.

CuteCarry dah team juga sempat singgah di Restoran Mama Nasi Kukus yang mempunyai slogan sedap sengoti. Mengikut kata orang Kelantan, sengoti bermaksud sangat sedap! Kita tertanya, sengoti tu apa… terus terasa hendak makan. Nama Nasi Kukus mama juga mengingatkan kita pada home cooked meal. Jika tidak dapat makan makanan mak pun, dapat makan Nasi Kukus Mama pun jadilah! What a good name and branding.

Terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya kerana menjemput CuteCarry untuk mengendalikan kursus yang telah diadakan selama tiga hari dua malam. Walaupun masa amat suntuk, tetap meluangkan masa untuk mereka. Kursus ini dihadiri oleh pelbagai peringkat kakitangan daripada pentadbiran sehinggalah kepada kejuruteraan. Praktikal juga telah diadakan iaitu simulasi pengendalian majlis.

Terima kasih banyak-banyak.

Terima kasih kepada my team yang bawa kereta dan saya tidur ditempat duduk dibelakang!

Ingin menganjurkan kursus ditempat anda?

Hubungi  talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)

Maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015

Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA

ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA