Restoran TERBAIK di Bagan Lalang (Kursus IMEJ untuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya)

CuteCarry telah dijemput untuk mengendalikan kursus untuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Kursus itu telah dibuat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang.

Bagan Lalang = Makanan Laut

Jika ke Bagan Lalang, CuteCarry akan berkunjung ke restoran kegemaran disini. Nama restoran tersebut tidak begitu pasti tetapi lokasi terletak berdekatan dengan jeti dan gerai menjual ikan segar. Jika anda mengadap laut, teruskan ke sebelah paling kanan dan anda akan ternampak restoran ini. Sebahagian daripada restoran ini terletak di atas laut.

The best in Bagan Lalang. CuteCarry suka ketam masak sambal dan bawal sweet sour. Harga pun amat berpatutan. Cubalah….ohh, jangan lupa nasi lemak bungkus. Ia dibuka bermula jam 6.00 petang.

Makan kenyang-kenyang dan sejurus selepas itu hujan teramat lebat (bukan cats and dog rain tetapi lebih kepada bawal and ketam rain!). Alangkah bagus jika dapat tidur tetapi terpaksa dilupakan kerana CuteCarry bergegas ke Pahang pada jam 10.30 malam untuk memenuhi undangan untuk Kolej Profesional MARA, Kuantan.

Terima kasih Majlis Perbandaran Petaling Jaya kerana menjemput CuteCarry.  Kursus ini diadakan untuk kakitangan yang berurusan dengan orang awam. Moga kita dapat bersua lagi!

 

 

maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 

Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry