Kebakaran…..
2 November 2015Orang yang hebat tidak akan melenting apabila dikutuk!
4 November 2015Senyum adalah cara terbaik untuk menyelesaikan sebarang permasalahan. Ia juga boleh menjadi titik permulaan perhubungan atau keuntungan perniagaan. Tetapi senyum juga perlu ada teknik.
Ini adalah antara apa yang saya kongsikan bersama dengan peserta Kursus Pengurusan Pelanggan anjuran Suruhanjaya Pilihraya Malaysia (SPR) yang telah diadakan di Kuching, Sarawak.
Mereka semua senyum kan? Saya pun senyum!!
Antara teknik senyum yang saya kongsikan ialah JANGAN SENYUM TERLALU CEPAT. Jika anda senyum terlalu cepat, ia akan kelihatan seperti senyuman itu dibuat-buat. Saya menggunakan teknik ini bila bersama dengan sesiapa sahaja dan ia menunjukkan saya lebih tenang dan bersedia.
Teknik yang lain ialah SENYUM PERLULAH BERBEZA. Jangan salah anggap, bukan saya bermaksud kita perlu membezakan senyuman tetapi jika senyuman berbeza untuk kategori berbeza, impaknya juga berbeza. Contohnya, cara senyum yang berbeza antara anda bersama rakan baik yang anda sudah kenali 15 tahun dan bakal majikan.
Itu adalah antara teknik yang saya kongsikan bersama para peserta. Orang Sarawak memang best!
Maklumbalas yang sangat bagus diterima. Terima kasih semua!!!
Jika di Kuching, tidak lengkap jika kita tidak makan!!
SENYUM LEPAS MAKAN!!!
Love my cartoon top so much. It is a Cambodian brand bought in Siem Reap, Cambodia.
Ada yang tanya ok ke pakai sempoi2 takde rasmi bagai bagi talk kat orang government & corporate?
Jawapan: kena tengok tempat, masa dan jenis kursus.
Alhamdulillah ini adalah sesi ke tiga saya bersama SPR.
Terima kasih semua!
Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, perhubungan awam, etiket, penganjuran majlis, motivasi, Neuro Linguistic Programming (NLP), team building, 5s, EKSA dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.
Hubungi talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015
Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2016 sehingga 30 Disember 2016:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA
ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA.