Rumusan PRU 13: CuteCarry mengundi di Kuala Kangsar (termasuk laksa kuale!)
6 Mei 2013Video Hari Ibu yang paling KELAKAR (versi adek-adek)
12 Mei 2013Apakah yang CuteCarry buat bersama-sama dengan barisan setiausaha-setiausaha Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Langkawi? Kita bukannya berenang dan berkelah di Tasik Dayang Bunting atau sama-sama men-tanned kan diri di Pantai Cenang ataupun bersama-sama kita shopping bagai tiada lagi hari esok di Ismail Group atau Idaman Suri!
Baikkk….. bab Idaman Suri dan Ismail Group tu memang terjadi. CuteCarry pun sama shopping kat sana. Langkawi adalah tempat yang paling menakutkan sebab walau tiada duitmacam mana pun, kita tetap akan bershopping. Jika tidak shopping pinggan mangkuk, kita akan shopping cokelat. Percayalah, kalau ke Langkawi, mesti ada shopping.
Eh, terlebih pula CuteCarry bercerita berkenaan dengan shoppping. Cerita ini adalah berkenaan dengan Kelas Etiket, Protokol dan Ketrampilan Diri di Langkawi bersama Setiausaha MARDI. Kelas ini dilaksanakan secara santai, yang penting langsung tiada tension dan Cutecarry juga ajar mereka CATWALK.
Ye betul. Cara untuk menunjukkan keyakinan diri ialah dengan berjalan dengan cara yang betul dan juga di depan orang ramai. Mula-mula memang malu tapi bila dah berjalan, wahhhhhhh… ada yang macam model Tyra Banks, ada yang macam Ratu Pesta Pulau Pinang dan Ratu Kebaya!
Mari kita lihat aksi mereka. Memang gamat sessi ni!
Malam pula diadakan sesi praktikal fine dining. Sebenarnya, majlis makan malam itu dianjurkan oleh peserta tersebut. Ia adalah salah satu daripada kandungan kursus tiga hari dua malam tersebut. Mereka dikehendaki menganjurkan majlis berdasarkan apa yang telah diajar.
Juga sesi pengucapan awam!!!
Of course…sesi wajib.. colour. Ini adalah untuk menentukan warna apakah yang sesuai dengan tona kulit.
Final day.. CuteCarry memberi hadiah untuk peserta yang dipilih oleh kalangan peserta sendiri. Tengoklah dressing kita, kan CuteCarry dah cakap sesi kita santai….
Berminat mendapatkan khidmat daripada CuteCarry? Sila call 0193290397, email cutecarry@yahoo.com atau click sini