Sesi grooming bersama Mahkamah Perusahaan Malaysia (sejak tahun 1940)

Pernahkah anda dengar tentang Mahkamah Perusahaan Malaysia? Itu adalah antara kelebihan CuteCarry iaitu dapat pengalaman mengendalikan kursus di organisasi yang amat menarik. Mahkamah Perusahaan Malaysia adalah dibawah Kementerian Sumber Manusia dan menguruskan berkenaan dengan kes-kes berkaitan dengan pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. Ia terletak di bangunan bersejarah Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Yes…depan Dataran Merdeka!

Legally black. CuteCarry memang sangat excited bila berada di bangunan lama. Sangat-sangat excited. Keterujaan bertambah jika struktur bangunan tidak diubah dan identity dikekalkan. Alhamdulillah, ada diantara struktur bangunan disini masih mengekalkan ciri-ciri terdahulu. Terubat juga hati kerana dulu pernah kecewa dengan kemusnahan yang berlaku keatas bangunan-bangunan lama yang bersejarah di Negara kita. Pernahkah kita terfikir, setiap kali kita memusnahkan bangunan bersejarah, kita memusnahkan memori dan sejarah yang akan menjadi panduan kita menghadapi masa hadapan?

Peserta-peserta kali ini terdiri daripada pelbagai peringkat, daripada pentadbiran sehinggalah kepada penterjemaah mahkamah (translator).
Terima kasih kerana menjemput CuteCarry.

Appreciate! Maklumbalas positif dan score almost perfect 10 evaluated by the participants. Thank you, thank you very much!

[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=VdH0y3ZHjsw&list=UUsU3ocai9MIjFGU6oSckLEA&index=3[/youtube]
Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email cutecarry@yahoo.com

 

Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry