
Acapkali mendengar yang mereka yang bekerja kerajaan dicop sebagai tidak efisien, kurang kerja dan banyak melepak. Orang-orang kerajaan ini juga dikatakan kerja mudah, pergi kerja jam 8.00 pagi, minum jam 9.00 pagi, rehat 2 jam dan pulang pada jam 5.00 petang. Situasi ini mungkin tepat jika dilihat kepada segelintir pegawai atau kakitangan kerajaan yang malas. Mereka ini cuba mengambil kesempatan daripada kelonggaran yang diberi ketua. Alasan uruskan anak waktu kerja, tidak boleh stay back dan pelbagai lagi. Ini tidak dikira lagi MC ataupun EL.
Waktu selepas pejabat mereka tidak akan angkat telefon tetapi waktu bekerja boleh pula mereka bertelefon berurusan peribadi. Hairan juga ya. Tetapi sebenarnya golongan ini hanyalah SEDIKIT dibandingkan denan ramai kakitangan kerajaan yang berdedikasi.
Jika ternampak mereka yang makan pada jam 9.00 pagi mungkin anda tidak nampak mereka terpaksa bekerja sehingga malam tanpa OT hampir setiap hari. Anda juga mungkin tidak tahu yang ibu-ibu yang menguruskan anak waktu kerja tu kena hadir mesyuarat dan program pada hari minggu. Kadang kala anak-anak pun kena bawa sekali. Hormatilah mereka.
Sikap segelintir penjawat awam yang pemalas dan suka mengambil kesempatan ini haruslah dibenteras. Mereka adalah perosak kepada imej penjawat awam. Kerana nila beberapa auns rosak susu beberapa liter!
Itu adalah antara intipati yang saya cuba masukkan didalam seminar yang dianjurkan. Penjawat awam perlulah membawa imej lebih positif terutamanya didalam situasi kini. Isu ini lebih dekat dengan saya kerana sebagai bekas penjawat awam pernah juga dibangkitkan perkara ini.

Seminar sehari hafiz @cutecarry bersama Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu.
Bagusnya layanan mereka!
Jika orang kerajaan ini teruk sangat, takkan boleh dapat MyKad dalam masa beberapa jam kan? Jika lambat maknanya mungkin anda tidak ke cawangan yang memproses terus MyKad.

CuteCarry bersama Puspanita Selangor. Ramainya yang hadir.

Hafiz CuteCarry bersama Setiausaha Univ Utara Malaysia (UUM) di Melaka untuk Seminar Recharge your Personality: Find The Magic in You.
Terima kasih semua.
Berminat mendapatkan perkhidmatan daripada kami boleh hubungi:-
019 337 6807
019 329 0397
training@cutecarry.com
cutecarry.cc@gmail.com
Layari: cutecarry.com