Pelakon drama sertai kursus CuteCarry
13 August 2015Bangsa asing kurang ajar?
19 August 2015Tahukah anda tahap stress/tekanan yang anda alami mungkin kerana terlalu memikirkan apa yang orang lain fikirkan? Itu adalah antara penyebab stress dan seterusnya menyebabkan semangat dan tahap produktiviti kita menurun.
Orang sekeliling boleh memikirkan apa sahaja tetapi yang tahu apa yang kita buat adalah diri kita sendiri. Kita tidak boleh mengawal apa yang orang lain fikirkan. Jika dilihat daripada sejarah orang yang berjaya kebanyakannya mereka kurang ambil peduli apa orang lain fikirkan.
Apakah mereka yang mengutuk atau bercakap berkenaan diri anda dibelakang anda seorang yang anda patut hormati? Jika anda fikir tidak, kenapa perlu peduli apa yang mereka katakan?
Contoh perkara yang tidak sepatutnya kita stress:-
i. Hendak memakai gaya terbaru —– takut office mate mengutuk. Jika office anda mengutuk, berkemungkinan dia sebenarnya tidak mampu memakai pakaian seperti anda.
ii. Memulakan perniagaan —- takut orang mengata adakah kita tidak cukup duit…ermmm.. adakah jika kita susah orang yang mengata tu akan memberi kita duit?
iii. Buat kerja rajin atau lebih sikit di pejabat — takut orang kata poyo atau mengampu boss .. remember this word – PRODUCTIVITY -bangsa lain berjaya sebab kerja lebih.
iv. Update gambar membeli belah atau bercuti dalam media sosial – takut orang kata riak. Tanya diri anda sendiri, adakah anda berniat untuk riak ataupun hanya berkongsi kegembiraan bersama rakan atau keluarga?
v. Stress sebab rakan sekerja mengumpat. Ehh…perlu ke nak kawan dengan rakan-rakan sekerja macam tu? Jika mereka boleh mengumpat anda, bermakna mereka boleh mengumpat sesama sendiri. Bayangkan betapa rendahnya moral golongan seperti itu. Oleh itu anda tidak perlu peduli dengan apa yang mereka katakan. Tetapi janganlah membenci mereka, jangan bergaduh cuma jauhkan diri daripada mereka.
Itu adalah antara pengisian didalam kursus Pengurusan Stress untuk Institut Latihan Kemahiran MARA (ILKM). Ia telah diadakan selama tiga hari dan alhamdulillah maklumbalas yang amat positif diterima.
Kursus telah diadakan di Institut Latihan Kemahiran MARA (ILKM), Jawi, Pulau Pinang (terletak berdekatan dengan Nibong Tebal). Hotelnya juga amat selesa dikelilingi oleh pokok nanas, memang terlalu banyak pokok nenas didalam kawasan institut ini.
Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, etiket, penganjuran majlis, motivasi, 5s dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.
Hubungi talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015
Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA
ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA