Return to the BLUE LAGOON? – Kursus Imej ABC untuk Politeknik Muadzam Shah, Pahang
23 July 2014Kursus IMEJ untuk bakal pesara LHDN di Langkawi ( juga memori 10 tahun lepas)
19 August 2014Hari Raya pada tahun ini seperti sebelumnya amat meriah. Ada yang berfikiran jika kita sudah meningkat dewasa, semakin kurang meriah. Sebenarnya CuteCarry kurang setuju kerana kemeriahan bergantung kepada kita. Hari Raya ialah antara hari dimana CuteCarry yang sibuk sehingga tidak cukup hari ini boleh bersama rakan-rakan dan keluarga di Kuala Kangsar, Perak.
Istimewa pada tahun ini. Daulat Tuanku. Sembahyang raya bersama Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Baginda Tuanku amat rendah diri dan mesra rakyat.
My baju Raya. Baju melayu by Anuar Faizal, one of new talents in Malaysian fashion industry. shoes by the established designer Rico Rinaldi, oversized clutch by Arun Chee. (almost) Head to toe in Malaysian designers. Support our local talents!
Raya pertama juga CuteCarry mengambil kesempatan melawat sebanyak 8 buah rumah!! Jika orang lain update status bosan raya pertama or asyik menonton TV, CuteCarry bersama rakan-rakan sakan beraya. Best sangat!! Jika terasa bosan pergilah beraya kan….
Gambar-gambar diatas adalah antara kenangan manis CuteCarry bersama rakan-rakan lama dan bersama keluarga mereka. Sapa paling over bawa oversized clutch sebesar dulang tu?
Raya kedua pula, CuteCarry memilih untuk memakai baju kemeja floral print daripada Key Ng disertakan bersama matching Ted Baker Clutch dan melawat rumah rakan lama; Roza dan Rasman yang menyambut raya bersama anak sulung mereka. Tahniah uols!
Ini adalah sesi raya yang paling menarik. Kami ingin buat ala-ala gambar flashback ditempat yang sama dan pose yang sama. Oleh itu, dengan gigihnya ke Stesen Keretapi Ipoh untuk bergambar berdekatan landasannya. Malangnya tempat yang kami ingin tuju telah ditutup dan hanya boleh dimasuki untuk penumpang keretapi. Well… akhirnya berposing juga dikawasan stesen keretapi dengan props,dua beg Louis Vuitton,
Raya 2011 & Raya 2014. Location: Stesen Keretapi Ipoh. Friends are forever. Asyik, saya kenal sejak umur 7 tahun kerjaya pelukis pelan dan mempunyai seorang anak perempuan, Sherif saya kenal sejak umur 5 tahun;bertugas sebagai pramugara dan mempunyai seorang anak lelaki, CuteCarry seorang image consultant dan Joey kita kenal sejak umur 3 tahun karier sebagai make up trainer & artist. May our friendship will be forever and ever. Amin..
Raya Ketiga adalah sesi pertama Rumah Terbuka di Rumah CuteCarry. Antara juadah yang disediakan ialah nasi beriani, mee kari, laksam dan macam-macam lagi. Walaupun ia dibuat secara sederhana, tetaplah juga ada khemah kan. FYI, khemah tersebut disewa dengan harga RM100 sahaha. Jadilah…
Thanks for coming, ruang depan penuh so terpaksalah kome ngenjak ke kawasan dekat dapor.. LOL
Childhood friends..
Sekitar jam 8.00 malam tetiba menerima msg daripada rakan yang sedang dalam perjalanan balik kampung dan dengan menggunakan kuasa pujukan yang ada, mereka singgah sebentar beraya . Akhirnya, sampai juga Naglaa dan Azam ke Kuala Kangsar. TERIMA KASIH!
Walaupun sederhana, open house sesi pertama ini dihadiri oleh 300 orang! Walapun jam menunjukkan pukul 11.30 pm, masih adaorang yang datang. CuteCarry akhirnya surrender sebab terlalu penat melayan kawan-kawan makan lalu terus tidur tanpa menolong apa-apa pun. Legend tak?
Malam itu, tidur lena dah macam ular sawa kenyang….
Raya Keempat telah diadakan sesi ke dua rumah terbuka. Juadah lebih meriah, menu home cooked tiada catering-catering ya. Cucur udang kuah kacang pekat, nasi lemak sambal tumis cukup sifat, pulut kuning rendang ayam, rendang tok ori Perak, mee rebus, nasi impit, desert sagu dengan santan dan macam-macam lagi!
Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir.
Antara rombongan tetamu yang paling awal, angkatan daripada Bruas. Thank you RB!
CuteCarry with Azuan from Bruas but resides in Putrajaya. I’m going very casual with Zara top and pants bought in Xian, China.
Tetamu yang ditunggu.. Firdaus Azizan dan keluarga. Thank you!!!
Seperti hari sebelumnya, walaupun telah mencecah tengah malam, tetamu tetap hadir tetapi seperti sebab pada hari sebelumnya, iaitu terlalu letih sebab kenyang kerana melayan tetamu makan dan bukan sebab letih basuh pinggan. Penyelesainnya, mandi, tukar baju dan terus landing dekat ruang tamu!
Pose paling glam Raya 2014. Baju = sepupu punya; Kain pelikat =bapa sedara punya.