Suasana Perancis bersama para Setiausaha yang comel jelita!

Bertahun-tahun terdengar mengenai tempat ini tetapi tidak pernah menjejakkan kaki ke sini. Jika hendak bercuti kesini mungkin kesuntukan masa, tetapi akhirnya sampai juga kesini bersama-sama dengan Setiausaha untuk kursus anjuran Thomvell Training Consultant.


Where are my horses?

I love white!! My room in Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang.Thank you to the organiser, Thomvell; this is our 3rd partnership and they always treat me well.

Perancis? Yes..memang ia ada unsur-unsur Perancis terutamanga bangunannya. Jika ada kesempatan dan ingin berehat apa kata luangkan masa pandu kereta ke Colmar Tropicale,  Bukit Tinggi , Pahang. Jika anda dari  Kuala Lumpur, tempatnya memang tidak jauh. Jika dariapda lebuhraya, anda hanya perlu memandu sekitar 20 minit untuk ke lokasi ini.

Suasana malam di Colmar Tropicale. Sempat berangan nyanyi lagu Let It Go Frozen tapi konsep seperti Abang Tiri Elsa! Jika berada disini, janganlah hendak berharap bershopping dan beriadah seperti di Cameron Highlands kerana tempatnya hanya disekitar kawasan hotel. Suasana tetap meriah dengan cafe ala bandar di Perancis dan persembahan nyanyian.


Makan? Terdapat beberapa restoran disitu dan CuteCarry hanya berkesempatan untuk menjamu selera disalah sebuah restoran disitu. Ia bukanlah seperti makanan asli Perancis tetapi konsep fusion. Typical hotel food. But not bad. Tapi paling best anda makan seperti disuasana luar negara, pilih meja dikawasan diluar

Kursus bermula dengan sesi ‘morning power walk’, CuteCarry dan peserta  berramai-ramai berjalan sekitar  kawasan hotel.  Suhu yang sejuk ditambah pula dengan pemandangan menarik, memang sesuatu yang mengujakan untuk memulakan kursus.

Inilah dia barisan Setiausaha yang menyertai Kursus IMAGE ABC for Secreataries. Best sangat bila bersama mereka. Bukan sahaja CuteCarry berkongsi pengalaman bersama mereka, kisah dan pengalaman mereka juga dikongsi bersama.

Kita bukan hanya berjalan tetapi sempat posing!!!

CuteCarry bersama dengan salah seorang peserta yang dikategori dengan gaya ‘dramatik’/ Best sangat dengan mereka semua ni.. very sporting tau!

 

Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email   training@cutecarry.com   atau  cutecarry@yahoo.com

Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry