‘Surprise nasi royale’ daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU-JPM)

CuteCarry amat bertuah kerana sepanjang kerjaya sebagai perunding imej, pelanggan-pelanggan amat berpuas hati, jadi penyokong dan pengikut tegar CuteCarry dan paling utama mereka juga amat-amat baik. Ada kalanya terasa sedikit segan kerana ketulusan dan ‘surprise’ yang diberikan. Antara yang paling surprise ialah ketika CuteCarry berada di Kedah untuk menganjurkan seminar IMAGE ABC untuk  Pejabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Kursus ini diadakan di Alor Setar dan pada permulaan kursus seperti biasa CuteCarry tidak akan memulakan terus kepada topik, mesti ada sesi pengenalan dan ia adalah ‘ice breaking’ ala CuteCarry. Pada sesi tersebut CuteCarry menyatakan antara makanan kegemaran CuteCarry  ialah nasi royale. CuteCarry hanya CAKAP sahaja tidak ada niat untuk sesiapa belikan tetapi ketika waktu makan tengah hari….

TERKEJUT.. tiba-tiba ada nasi kandar royale KHAS untuk CuteCarry di atas meja. Walaupun makanan tengah hari  disediakan oleh katering tetapi CC (chief clerk) disitu telah meminta supaya dibelikan nasi kandar royale khas untuk CuteCarry. What an extremely pleasant surprise. I am speechless, bukan kerana nasi itu, tetapi kerana kebaikan dan penghargaan yang diberikan. Orang Kedah memang baik-baik!  Pengalaman yang sama ketika mengendalikan kursus untuk SUK Kedah, tercakap kuih talam terus dapat!!! Click sini untuk membaca kisahnya.


Ini adalah contoh walaupun perkara yang dibuat mungkin hanya perkara kecil, ia akan diingat sampai bila-bila.   Selesai kursus CuteCarry dibekalkan dengan pelbagai juadah buatan orang Kedah, daripada bahulu sampaikan kepada kuih karas. Cuma diaorang cakap tidak sempat hendak beli ‘cuq peneram’ sebab CuteCarry cakap tentang makanan tersebut pada sesi petang.

Peringatan kepada CuteCarry juga, always do good, no matter how small, there will be someone who appreciate your kindness like it is a big thing.

We may think that people will only remember the bad things we did but they will be someone who will remember the good thing. So keep going the good thing, ignore the negativity.

C for CuteCarry.

Kerjasama yang diberikan amatlah baik, terutamanya daripada urusetia Puan Nur’azuna Ahmad. Thank you very much.

 

Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email cutecarry@yahoo.com

 

Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry