Tahun Ke 3 CuteCarry grooming class di International Medical University (IMU)

Pelanggan adalah aset utama dan penjana untuk sesuatu perniagaan. Jika tanpa pelanggan,tidak akan ada keuntungan dan seterusnya musnahlah perniagaan. Rahsia kepada pelanggan berulang ialah memberikan perkidmatan terbaik dan sepenuh hati pelanggan kita agar mereka sentiasa berpuas hati.  Jangan terlalu berkira dengan pelanggan. CuteCarry menggunakan prinsip tersebut dan syukur ramai pelanggan berulang. Ini termasuklah pelanggan CuteCarry sejak tiga tahun lalu iaitu International Medical University,Bukit Jalil.

CuteCarry telah ditugaskan untuk melatih pelajar tahun akhir jurusan Degree in Biotech.Sejak daripada batch pertama sehingga sekarang, CuteCarry telah melatih ramai pelajar tahun akhir jurusan ini untuk melangkah ke alam pekerjaan. Antara perkara yang ditekankan ialah daripada sudut berpakaian formal,semi formal dan protokol juga etika ketika ditemuduga dan bidang korporat. Ia juga turut disertai oleh make up artist associate CuteCarry iaitu Joey Make Over.

CuteCarry sempat juga berbual dengan mereka tentang yuran pengajian untuk melanjutkan pelajaran di universiti swasta, maklumkan CuteCarry ni dah lama sangat graduate (terasa tua sanga!), mesti banyak beza yuran pengajian kan?

Jangkaan Cutecarry amat tepat bertambah terkejut, mahalnya! Jika kos yang mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit, bagaimanakah hendak memjelaskan yuran pengajian. Pinjaman? Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk menghabiskan ansuran pinjaman? Ibu bapa…(FAMA- father mother) jika FAMA kaya takpelah, jika tidak…how huh?

Wow…

Adik-adik, rajin-rajinlah belajar ye…

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk  styling individu dan juga untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini