Jawab telefon memang mudah tetapi ada juga yang ambil mudah. Kadang kala ada yang terasa seperti hendak marah kepada penjawab telefon. Bukan sebab dia kurang ajar tetapi cara menjawab tidak betul. Ini adalah tips atau teknik mudah jawab telefon.
- Jawab dengan cepat – kalau boleh tidak lebih tiga deringan
- Beri salam atau perkenalkan diri atau organisasi
- TANYA NAMA PEMANGGIL – ini adalah penting kerana semasa interaksi elakkan guna I, awak, you tetapi guna nama orang tersebut. Ia akan membuatkan orang tersebut terasa lebih dihargai
- Jangan guna bahasa daerah atau bahasa dalaman seperti bahasa negeri kerana mungkin ada yang tidak faham. Ada juga yang gunakan singkatan seperti Borang EA, Bahagian PL atau Unit EA yang mungkin hanya orang dalaman yang faham.
- Jangan cakap nada mendatar kerana ia menunjukkan anda tidak bersemangat atau pemalas.
Itu adalah antara teknik mudah saya kongsikan bersama dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Banyak lagi teknik yang saya kongsikan bersama mereka tetapi hendak ditulis terlalu panjang pula,
Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.
Hubungi talian 0193290397 atau 0124733545 atau 0194432763
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Leave a Reply