Usahawan wanita wajib bergaya!
24 February 2016Kelab Mutiara Putrajaya yang aktif
2 March 2016Ia adalah sesuatu yang mengujakan bila seorang pegawai memberitahu peserta-peserta yang telah berubah setelah menghadiri kursus saya. Mereka mula membeli pakaian baru dan nampak lebih bergaya dan kemas. I am so happy….
Antara tips yang saya kongsikan ialah untuk membeli pakaian kerja yang tahan lama. Tips yang utama ialah jangan membeli pakaian daripada material yang cepat berbulu. Cara untuk mengujinya ialah cuba tarik material pakaian tersebut tapi jangan kuat sangat, nanti koyak pulak dan perhatikan struktur material tersebut. Jika ada macam tertarik, berkemungkinan ia akan cepat rosak. Anda juga boleh meletakkan baju tersebut diatas lengan selama beberapa minit, jika terasa panas, berkemungkinan anda akan tidak selesa memakainya di cuaca tropika. Harga juga boleh diambil kira. Jika kain yang terlalu murah dan dibeli daripada kedai yang kurang ternama, mungkin pakaian akan cepat pudar dan rosak. Tidak semestinya mahal tetapi berpatutan. Contohnya, harga berpatutan sekitar RM60 sehingga RM120 untuk sehelai kemeja atau blouse. Warna jangan terlalu fancy tetapi pilih warna hitam, putih, kelabu dan warna asas kerana ia akan dipakai berulang kali. Gayakan dengan seluar, tali leher atau untuk wanita skirt atau tudung yang berbeza. Contoh ialah jenama Padini, G200, H&M, Uniqlo dan Zara (bila ada potongan harga).
Itu dinamakan pelaburan pakaian.
Itu adalah tips yang saya kongsikan ketika 5 hari berada di utara. Tiga hari untuk Lembaga Zakat Kedah dan dua hari untuk SUK Perlis.
Hensem tak orang Zakat?
Saya akan cuba shoppping dimana sahaja. Menarik juga Aman Sentral. Mall paling chic di Alor Setar. Saya sempat membeli kasut (of course), beberapa helai sweater dan boxer dan t-shirt.
Bersama SUK PERLIS. Ramainya…
Perubahan. Terima kasih. Ada yang sudah berubah setelah mengikuti kursus kendalian CuteCarry Sdn Bhd.
Macam-macam kursus dianjurkan oleh Syarikat CuteCarry Sdn Bhd.
Ingin menganjurkan program ditempat anda?
Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia. Hubungi talian 0193290397 atau 012 473 3545