Tips shopping: Waktu terbaik untuk membeli kasut

CuteCarry selalu bertanya soalan semasa menganjurkan grooming class tentang waktu bilakan yang paling sesuai untuk membeli kasut?
Jawapan ialah:
Waktu SALE
Waktu gaji
Waktu kasut dah rosak

dan jawapan yang paling best ialah…

Waktu dekat-dekat nak raya!

Bijak peserta-peserta ku.. muahhh…

Sebenarnya waktu yang paling best untuk membeli kasut ialah waktu tengah hari, Ini adalah kerana pada waktu itu kaki berada didalam saiznya yang sebenarnya. Pada waktu lain, kemungkinan kaki kita mengecut atau terlalu mengembang, sebab itulah jika kadang-kadang kasut yang dibeli ketika mencuba di kedai selesa tapi bila pakai macam sakit.

CuteCarry adalah peminat kasut diatas dan imej  kasut diatas ialah kasut CuteCarry yang disnap di butik kasut tu sendiri.

Setakat ini tiada masalah dengan keselesaan kasut…cuma pernahlah juga kaki sakit bila first few times pakai kasut tu tetapi CuteCarry tahan kerana konsep:

“Kecantikan melalui penderitaan”.

Boleh pakai moto tu?

CuteCarry bersama dengan shoe-turier terkenal dunia kelahiran Malaysia, Jimmy Choo.

Untuk khidmat grooming talk/workshop CuteCarry (samada individu, swasta atau kerajaan boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397 atau click here