Tips temuduga dan alam pekerjaan untuk Kolej Profesional MARA (KPM), Ayer Molek

Ini adalah kali kedua CuteCarry menjejakkan kaki ke Kolej Profesional MARA (KPM) untuk mengendalikan kursus mengenai imej. Jika kali pertama ia dihadiri oleh pelajar lelaki, pada kali ini di untuk pelajar semester 5, lelaki dan perempuan.

Pelajar-pelajar ini akan menjalani latihan industrti pada semestar depan dan semestinya dunia adalah berbeza dengan alam kolej. Oleh itu, pada kursus kali ini CuteCarry menekankan berkenaan dengan tips-tips untuk menghadapi alam pekerjaan dan juga temuduga. Cara untuk memanggil orang lain, adakah ‘kak’ atau ‘abang’ sesuai untuk situasi formal mesyuarat di pejabat? TIDAK!!! Ia amat berbeza dan jika mereka tidak bersedia, kemungkinan akan menghadapi tekanan dan seterusnya memburukkan nama kolej dan masa depan mereka sendiri.

Seperti kebiasaan, kursus sehari in dilaksanakan didalam keadaan ‘tanpa stress’. Itu adalah antara DNA latihan anjuran CuteCarry, kursus santai dan bersahaja. Walabagaimanapun, aspek ilmu yang disampaikan tidak akan dilupakan.

Alhamdulillah terhadap maklumbalas yang diterima. Moga anda semua berjaya di masa hadapan!

Jika berminat menjemput CuteCarry mengendalikan kursus, hubungi 0193290397.

 

Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry