Tips untuk membuat azam menguruskan badan!

Kita masih diawal ambang 2014. Pelbagai kisah suka dan duka telah ditinggalkan di tahun 2013,yang baik diteruskan dan yang kurang dijadikan sempadan.

Azam tahun baru menjadi kemestian bagi sesetengah orang dan berkemungkinan azam kita adalah untuk KURUSKAN BADAN!!!


Antara selebriti yang sangat berhati-hati didalam penjagaan bentuk badan ialah Rozita Che Wan. Beliau dikenali sebagai seorang yang anggun dengan bentuk badan jenis ‘hour glass’. Ciri-ciri utama didalam bentuk badan ini ialah perut yang kempis dan pinggang yang ramping. Bagaimanakah beliau mengempiskan perut? Jika ada menyatakan dia memakai korset itu adalah tidak benar. Jika melihat seseorang kadang-kadang kita dapat tahu beliau memakai korset atau tidak;terutamanya jika dress ketat yang diperbuat daripada kain jenis lycra atau jersey.

Rahsia beliau untuk pinggang ramping dan perut nipis ialah PUSH UP. Beliau dikatakan membuat sebanyak 400 kali push up setiap hari!

Ini adalah pengorbanan yang perlu dilakukan untuk menguruskan badan. Ia bukanlah mudah tetapi tidak mustahil, disiplin yang amat tinggi.

TETAPI, jika anda tidak mampu untuk push up seperti Che Ta (nanti push up sampai ambil mc seminggu-susah juga kan!) anda boleh menguruskan badan. Langkah-langkahnya ialah:-

i. Spesifikkan BERAPA KILO berat badan hendak diturunkan.

Anda kena berikan satu nombor, jangan hanya menyakan sekadar ‘saya ingin kurus’. Jika anda inginkan kurangkan 3 kilo, tuliskan ditempat yang senang ditengok dengan ayat motivasi TURUN 3 kilo dan spesifikkan bilakah ia hendak dicapai.

ii. Sasaran perlulah REAL!

Tidak perlu mempunyai sasara terlalu tinggi jika anda pun tidak yakin-yakin untuk mencapainya. Ada diantara kita yang hendek menurunkan 10 kilo tetapi realitinya dia hendak menurunkan 1 kilo pun bukan main susah!

iii. PECAH KECILKAN AZAM

Tunggu!!!.. Anda masih boleh mengurangkan 10 kilo, tetapi anda perlu memecah kecilkan sasaran. Contohnya, sebulan target pengurangan anda hanyalah 1 kilo sebulan. Jika anda dapat mencapai penurunan sekilo pada akhir bulan, anda akan lebih bermotivasi untuk mengurangkan 1 kilo lagi pada bulan hadapan. Pada bulan Oktober, anda akan kekurangan 10 kilo!! Bayangkan, pujian-pujian dan soalan yang diterima oleh anda pada bulan Oktober nanti.

Semoga anda lebih bermotivasi untuk menguruskan badan. Sebenarnya banyak lagi tips dan petua yang akan dikongsi oleh CuteCarry jika anda menjemput CuteCarry ke tempat anda. DISKAUN menarik sempena 2014. Hubungi CuteCarry ditalian 0193290397 atau email cutecary@yahoo.com

Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila click disini

Senarai pelanggan sila click disini.

Maklumat mengenai pemilik dan trainer, sila click disini.

PS: JIKA INGIN MENONTON VIDEO ROZITA CHE WAN DITEMURAMAH OLEH CUTECARRY, SILA CLICK DISINI.