home Training VIP pulang kerana nama tersalah ejaan pada backdrop pentas! (Kursus pengendalian majlis rasmi)

VIP pulang kerana nama tersalah ejaan pada backdrop pentas! (Kursus pengendalian majlis rasmi)

CuteCarry telah dijemput untuk mengendalikan pengurusan majlis oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Ia telah diadakan di Hotel KSL di Johor Bahru. Sejujurnya, bila CuteCarry mendapat email yang ia akan diadakan di Hotel KSL , CuteCarry pun rasa macam terkejut..apa? HOTEL KSL tidak pernah dengar pun!  Pemikiran CuteCarry hotel ini mesti  tarafnya tinggi sikit sahaja daripada ‘rumah tumpangan berhawa dingin’ dan tualanya yang nipis senipisnya. You know the hotel, but I am wrong as a wrong, big wrong. Tetapi bila dah masuk lobi..wowww….Hotel KSL memang boleh tahan. Biliknya yang agak besar, buffet spread yang bagus dan yang paling utama, memang sesuai buat majlis! Lagipun ia bercantum dengan shopping complex, senang nak beli apa-apa!

Kursus pengendalian majlis CuteCarry bersama KPKK  ini diadakan bukan hanya sekadar dibuat didalam kelas tetapi praktikal.Antara modul yang terlibat ialah  protokol, pakaian, penyambut tetamu dan sebagainya. Tetapi pujian memang haruslah diberikan kepada yang hadir di KPKK ini kerana mereka memang terbaik didalam pengendalian majlis!

Best dengan anda semua.. happening betul!!

Thank you..thank you..

Sempena entry ini, CuteCarry hendak ceritakan tentang kisah yang berlaku pada masa dahulu (tiada kena mengena dengan KPKK ye..)

Ramai yang mengaku boleh mengendalikan majlis rasmi tetapi adakah  adakah   majlis tersebut dikategorikan sebagai terbaik? hanya sekadar buat majlis? Kelam kabut? ataupun ada KELAS? Kesilapan yang amat sedikit boleh menyebabkan majlis tersebut jadi daripada TERBAIK kepada DISASTER!

CuteCarry ada terdengar kisah yang majlis yang telah diatus dengan rapi;  makanan telah disediakan, pentas telah dihiasi dengan bunga-bungaan tetapi VIP yang dijemput untuk merasmikan majlis tersebut hadir tetapi enggan merasmikan majlis dan terus meninggalkan majlis kerana NAMA BELIAU YANG TERCETAK DI BACKDROP  TELAH TERSALAH EJAAN.

Kesilapan adalah sedikit tetapi VIP yang berlagak DIVA itu telah meninggalkan majlis. Siapakah yang harus dipersalahkan disini? Adakah kita harus menyalahkan VIP ataupun urusetia/penganjur?

CuteCarry rasanya dua-dua bersalah:-

VIP tersebut tidak perlu menjadi terlalu sensitif. Beliau perlu ingat yang banyak belanja telah dibuat dan jika dia hendak menegur pun dia boleh buat secara jenaka semasa ucapannya tentang kesalahan tersebut. Ia lagi ‘menusuk kalbu’ penganjur dan akhirnya VIP tersebut akan dihormati kerana sikap tolak ansur dan penganjur akan lebih berhati-hati!!

Penganjur pun harus dipersalahkan. Nama  dan gelarann adalah sesuatu yang amat sensitif. Sila pastikan semua adalah teratur dan betul!

So, apa nak buat jika last minute dapat tahu yang nama tersalah ejaan? Backdrop telah diprint (jika pakai projektor senang boleh ubah!) dan mustahil untuk mencetak yang baru.

Penyelesaiannya ialah sila tutup nama VIP tersebut, be creative, use a colour paper, flowers or anything as long is does not looking too odd in order to cover the mistakenly spelled name. Biarkan hanya nama majlis tersebut di backdrop!

Sebelum mencetak, pastikan anda confirm dulu dengan pihak-pihak yang berkenaan. Backdrop yang dibuat juga perlulah FLAWLESS, tanpa apa-apa kesalahan. Maklumat diatas backdrop juga perlulah ringkas, mudah difahami dan please… janganlah terlalu banyak corak atau gambar. Ingat backdrop mesti clean, precise and it is easy to digest. Orang baca sekali sudah faham apa yang cuba disampaikan.

CuteCarry pernah lihat backdrop yang sangat kelam kabut sebab hendak mencantikkannya dengan gambar dan corak. Persoalannya,, adakah ia cantik atau serabut?

Kepada mereka yang dijemput juga janganlah terlalu menjadi terlebih DIVA. CuteCarry pun ada juga digelar DIVA (well.. so many names under my belt) tetapi biarlah bertempat. DIVA jika kerja tidak siap, arahan tidak diikut atau apa-apa berkaitan yang tidak betul, kita boleh menjadi diva. Cutecarry telah menjadi event manager untuk majlis-majlis yang amat besar dan I am kinda perfectionist but I listen to opinion.  Sebab itulah ramai yang masih sudi bekerja dengan CuteCarry bertahun-tahun, malah ada yang bersama-sama kerja dengan CuteCarry hampir 10 tahun. I am blessed and happy for having you, you and you with me.. you know who you are!

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan untuk latihan penampilan diri, imej, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini

 

 

Comments

comments

Leave a Reply