Makan Malam bersama Menteri Besar Pahang (Kursus IMEJ bersama Ahli Parlimen Wanita Pahang)
30 March 2015Makan ke atau kendali kursus? (Kursus Bersama Puspanita Perbadanan Putrajaya)
7 April 2015Salah seorang peserta memberi nota seperti diatas.
Walaupun kita amat berhati-hati tetapi kadang kala berlaku juga perkara yang tidak diingini. Itulah yang berlaku pada CuteCarry ketika mengendalikan kursus di JVC Manufacturing Shah Alam.
Malu? Haruslah malu. Saya pasti anda pernah merasa pengalaman ini. Peristiwa tertarik skirt ke atas selepas keluar tandas, seluar terkoyak ketika tengah berjalan atau butang kemeja tercabut, jahitan baju tertetas dan hanya disedari setelah kawan menegur.
Damage has been done. So we need an ‘awesome’ damage control. Bunyi seperti terlalu kompleks tetapi itulah hakikatnya.
Kunci kepada masalah diatas adalah TENANG. Relax.. jangan panik dan menunjukkan kita terlalu malu dan cemas. Peristiwa yang berlaku pada CuteCarry diatasi dengan rasa tenang. Sebaik sahaja menerima nota tersebut, CuteCarry membacanya dengan tenang dan diiringi oleh gelak ketawa peserta-peserta program. Zip ditarik diatas dan diikuti dengan ayat
‘terima kasih kepada yang memberi kad ini, tetapi jika ada yang hendak tengok lebih-lebih boleh bagitahu ye’
Kata-kata CuteCarry itu diikuti dengan gelak ketawa gegak gempita satu bilik itu.
Kita akan diketawakan, apa kata jadikan ia perkara yang membuatkan orang ketawa bersama-sama.
Tidak sampai 15 saat selepas itu, Cutecarry meneruskan kembali sesi ceramah.
Relax. Bayangkan jika CuteCarry cemas dan malu, haruslah ceramah tidak dapat diteruskan.
Alhamdulillah. Ceramah dibuat dalam 3 hari berturut-turut. Maklumbalas yang amat positif diterima!
Thank you girls and boys!
Memang terlalu gembira bila bersama anda semua. Untuk makluman, sebenarnya antara pekerjaan pertama saya ialah di kilang. Semasa menunggu keputusan SPM, terus bekerja menimba pengalaman di kilang di Kuala Kangsar sebagai operator. Bekerja shif dengan gaji sekitar RM1.50 sejam.
I remember working in that condition. It was a humbling experience. I will never forget!
Sejurus setelah tamat pengajian di universiti dan menggenggam Bachelor Degree in Accountancy, CuteCarry bertugas didalam bahagian kewangan kilang di Prai Penang bermula sebagai pembantu akaun, dinaikkan pangkat ke Pegawai Akaun dan akhirnya sebagai Treasury Analyst. Empat tahun bekerja sebagai akaun didalam industri perkilangan membuatkan hati ini amat faham dengan kehidupan pekerja kilang.
Pengalaman memang mematangkan hidup kita. Tidak faham kenapa generasi sekarang lebih suka duduk rumah daripada bekerja. Fikiran saya juga keliru kerana mereka suka dan rela meminta duit ibu bapa daripada mencari duit sendiri. I must say.. ewwwwwww….. tak malu ke?
Besarnya kantin JVC Manufacturing Sdn Bhd Shah Alam.
Sarapan pagi. Mee n kuetiow telur RM2.00 dan nescafe 60 sen!! Murahnya….
Perhatikan kasut yang dibungkus dengan plastik. Itulah prosedur disini, ikut sahajalah.
Berminat menganjurkan kursus di tempat anda?
Kepakaran CuteCarry ialah didalam kursus-kursus untuk korporat dan kerajaan seperti 5s, penjenamaan, perunding imej, keterampilan diri, protokol, etiket, motivasi, komunikasi, neuro linguistic programming (NLP), bahasa badan, pengendalian majlis rasmi dan sebagainya.
Hubungi talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015
Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA
ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA