Jiwa terpegun di Istanbul; gereja yang dijadikan masjid – Hagia Sophia
24 January 2015Bila Profesor hadir kelas grooming! (Grooming ABC bersama Universiti Kuala Lumpur
28 January 2015Saya bergambar berlatarbelakangkan sebuah masjid di Istanbul dan salah seorang rakan facebook memberi komen ‘cantiknya Blue Mosque”.
Saya tidak salahkan dia sebab jika saya tidak ke Istanbul, saya juga akan menyangka bahawa ia adalah Blue Mosque. Sebenarnya kebanyakan masjid di Turki mempunyai bentuk yang hampir serupa. Terdapat sekitar tiga ribu buah masjid lama dan bersejarah di Istanbul dengan rekaan yang agak sama tetapi hanya satu BLUE MOSQUE~
Blue Mosque sebenarnya bernama Sultan Ahmed Mosque. Jika dilihat daripada struktur luar bukanlah berwarna biru tetapi kenapakah ia digelar Blue Mosque?
Lihat struktur dalam masjid ini. Indahnya rona biru sejak tahun 1609. Masjid ini berasal daripada tempat beribadat raja-raja dan kemudiannya dibuka pada orang ramai. Sehingga hari ini, orang Muslim boleh menunaikan sembahyang didalam masjid ini. Terdapat pintu masuk khas untuk orang Muslim yang ingin bersembahyang disini. Bahkan, jika anda muslim, ada keistimewaan untuk tidak beratur panjang didalam cuaca sejuk. Kami jadi bahan pameran kerana ketika mengambil wuduk, barisan pelancong mengambil gambar!
Terdapat ruang untuk sembahyang yang orang bukan muslim tidak boleh melepasinya. Polis yang menjaga kawasan itu amat tegas. Jika terdapat orang bukan islam masuk kedalam kawasan itu, cepat je kena halau.
Ini bukan Masjid Biru tetapi salah satu masjid yang bersejarah. Can you imagine, I forgot the name of the mosque. I guess it is because too many mosque we visited during our Istanbul trip. Too many historic, beautiful ancient structures, I am like 6 year old kid in a chocolate land. Truly excited.
Terdapat sejarah menarik dilantai berwarna itu.