Turkey – lambang keanggunan tamadun Islam – Dingin Subuh Istanbul!
19 January 2015Jiwa terpegun di Istanbul; gereja yang dijadikan masjid – Hagia Sophia
24 January 2015Look can be deceiving. Putih salji memang cantik tetapi sejuknya mungkin tidak terbendung. Masih teringat pengalaman -17 salji di Minnessota, USA ketika CuteCarry berusia awal 20an dan rasanya tidak sesejuk salji di Turki yang mungkin sekitar 1c sahaja. Ketahanan badan muda mungkin tidak sama dengan badan lanjut usia.
Hati tetap muda dan CuteCarry tetap mengambil kesempatan bermain salji walaupun kemungkinan untuk kena frostbite!
Bursa adalah antara bandar tertua di Turki. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam daripada Istanbul dengan menaiki bas dan feri. Sebenarnya feri menaiki bas tetapi tetap mengambil kesempatan untuk bergambar di atas bot walaupun cuaca yang terlalu sejuk.
Sea gull terlalu comel untuk tidak diajak diphotobombed ketika selfie!
Jangan tinggalkan Bursa tanpa membeli sutera ASLI buatan Bursa. Ingat, jangan tertipu dengan buatan sutera buatan negara lain. Dapatkan pandangan orang yang arif untuk membawa ke kedai yang menjual sutera asli. Membeli belah dilakukan disatu bazar tertua di Bursa.
The silk trader served me a great hot Turkish tea after shopping session.
Terlalu banyak tinggalan sejarah d Bursa, masa yang singkat menyebabkan CuteCarry hanya sempat untuk berada kurang setengah jam di tempat-tempat bersejarah ini. Pemandu pelancong kami, Mustapha menceritakan kisah lagenda kenapa tempat wuduk ini berada di tengah-tengah masjid yang berusia beribu tahun ini. Pada zaman pembinaannya, seorang wanita tidak membenarnya tanahnya diambil oleh kerajaan untuk membina masjid. Walaubagaimanapun, masjid tetap dibina tetapi pemerintah mengarahkan tanah wanita tersebut supaya kawasan itu tidak dibuat tempat untuk bersolat tetapi hanya untuk wuduk. Kebenaranya tidaklah diketahui, ujar Mustapha mengakhiri ceritanya.
Selfie -selfie dan selfie.
Malam masih agak muda ketika kami mengakhiri lawatan pada hari itu. Oleh itu, CuteCarry dan rakan mengambil kesempatan untuk bersiar disekitar bandar Bursa. We are having tasty Turkish beverages in this great winter mall ambiance. Thank you to my friend yang setuju untuk keluar minum pada malam itu walaupun terpaksa menempuh cuaca sejuk. Kalau tidak terperap sahaja di hotel. muahhh…..
I will be back.
Keajaiban Istanbul di entri seterusnya…