Island Hopping dan orang bunian di Langkawi!

Fakta 1: CuteCarry rasanya dah berpuluh kali ke Langkawi tetapi inilah kali pertama ke Island Hopping

Fakta 2: CuteCarry ke Langkawi semuanya atas  tujuan kerja; bagi talk,appearance. Tiada niat bercuti sehinggalah kali ini, kerja dan cuti (itupun disponsor dan sudah termasuk pakej appearance ini!

Resort Wear. Shirt Branded Outlet, Short: Padini Authentic, Tote: Armani Exchange. Flip flop  takde brand daripada Kuala Kangsar. Tetapi bila CuteCarry ternampak  ia juga dijual di pasar malam Kuah. So, silalah ke Kuah kalau hendak membeli. Btw…tolong jangan poyo pakai kasut leather, boot atau kasut office jika hendak ke aktiviti pantai!

My room.De Baron Resort,not bad,not bad at all!!!

CuteCarry ke Langkawi diatas satu jemputan,appearance dan jadi judge. Semuanya ditanggung halal daripada air fare, hotel (De Baron Resort,  ada cakap this is  100% Malay owned hotel chain in Langkawi, )  termasuklah trip  Island Hopping ini.  Sebenarnya tajuk “orang bunian” ialah   sehari sebelum ke Langkawi, CuteCarry keluar minum-minum dengan pihak penganjur dan teruslah terbuka kisah bunian, termasuklah rupa bunian dan sebagainya. CuteCarry juga ada terbaca mengenai kisah bunian di airport. Hendak dijadikan kisah, bila sampai Tasik Dayang Bunting,dapat tahu ada lagenda bunian disitu. Erm..

Leave the bunian alone ya.Back to my trip.  Kami bertolak dari jeti yang terletak berdekatan dengan De Baron Resort sekitar jam 9.00 pagi. Boat nya agak selesa dan semua diwajibkan memakai life jacket. Hentian pertama ialah Pulau Beras Basah. Pulau ini memang macam deserted island dan mungkin hanya sesuai untuk berpiknik.Wait.. hendak berpiknik pun tak boleh sebab tiada makanan dijual disitu. Anda hanya boleh mandi dan bergambar sahaja. Tandas pun tiada. So, hati-hatilah ketika berada di sini! Hati-hati.Jangan sampai kena kambus dengan pasir. Tercemar alam!

Cantik kan?

Disebabkan tiada apa-apa yang boleh dilakukan disini, sekadar bergambar dan posing-posing. Masa diperuntukkan ialah 1 jam tetapi setelah hanya 20 minit kami meminta supaya bot ke destinasi seterusnya Eagle Feeding.

Helang adalah bagaimana Langkawi mendapat namanya dan anda dapat melihat Helang Langkawi yang bersaiz agak kecil daripada yang kita selalu tengok di TV dan paling menarik ia berwarna merah. Eagle Feeding bukanlah bermakna anda yang memberi makan helang-helang ini tetapi melihat helang tersebut mencari makanan di satu teluk.Jangan nak buat hal hulur-hulur  cucuq udang ka, karipap pusing ka pada helang-helang ini ye. Helang ini makan ikan dan sedara mara ikan yang sewaktu dengannya. Agak teruja melihat helang yang banyak disatu tempat. Kenapakah helang-helang tersebut berkumpul ditempat tersebut? Lupa pula hendak bertanya tentang perkara  tersebut sebab CuteCarry tidak sabar hendak mandi di Tasik Dayang Bunting.

Akhirnya sampai juga ke Tasik Dayang Bunting yang sangat mystical ini. Kawan CuteCarry pernah beritahu ketika beliau datang melawat pulau sekitar awal tahun 1990an ia memang amat menyeramkan dan nampak sangat misteri. Seakan-akan ada yang memerhatikan kita.Erm… no wonderlah kerana tempat ini adalah sejarahnya sendiri sebagai tempat tinggal bunian. Kita masih boleh merasakan kehebatan tempat ini tetapi hendak kata seram tu mungkin tidak kut. (wah berlagak kata tak seram,cuba datang malam-malam!)  Memang ada yang memerhatikan anda, iaitu monyet-monyet yang mungkin akan cuba mengambil makanan anda! Oleh itu, berhati-hatilah, jika bawa makanan pastikan anda cover dengan baju atau kain (in our case, with life jacket!).

Mendaki untuk ke Tasik Dayang Bunting memang agak memenatkan. CuteCarry cadangkan jika orang-orang yang sakit lutut atau tidak kuat hendak ke sini mungkin patut berfikir dua tiga kali!

Sampai sahaja CuteCarry terus terjun ke dalam tasik. Ohhhhh… sangat best. Airnya yang sejuk dan amat berlainan dengan air sungai. Ramai juga orang yang mandi termasuklah pelancong asing. CuteCarry berendam hampir sejam dalam tasik itu dan sambil berpiknik makan snacks yang dibawa. Kalau berenang memang lapar kan, kacang cap ibu jari tu pun terasa macam hazelnut!!! Jika anda tidak berminat hendak berendam, boleh sewa pedal boat untuk menikmati pemandangan sekitar Tasik Dayang Bunting.

Makanan ringan boleh dibeli disini dan anda boleh menyewa life jacket untuk mandi disini kerana jika tidak begitu pandai berenang, hati-hati…kedalaman tasik ini ialah 10 meter!!!

Lagenda menyatakan jika kita minum air tasik ini, kita akan mengandung. CuteCarry dah tertelan air tasik ini bergelen-gelen and last time I checked, tak mengandung lagi. Darn!!!!

Setelah puas berenang akhirnya masa untuk pulang. Kembali mendaki dan menuruni tangga yang agak panjang. Phewwww…. Tapi jangan fikir letih, nikmatinya suasana hutan di Tasik Dayang Bunting. Tadi CuteCarry ada cakap tempat tu tak menyeramkan tetapi bila difikirkan balik, bayangkan kalau berada di situ waktu senja, malam ataupun ketika orang tiada.  Mesti menyeramkam dengan keadaan sekeliling yang agak misteri. Rasanya kalau ada perempuan teringin nak minum air tasik tu tapi kalau dah rasa tempat tu macam lain je,  tukar la plan, daripada minum air tasik tu baik minum air Ribena atau soya. Nanti bila excited hendak minum ada orang lain teman pulak… harus terus jadi cerita majalah Mastika. Bercakap dengan bunian sangat!!!

Perjalanan balik kita dibawa melawat ke Gua Kelawar tapi tak nampak pun kelawarnya!! (plus boat tu minta kita bayar RM5 seorang!). Boat juga berhenti di   helang yang paling besar di Langkawi iaitu replika Helang di Jeti Kuah.Snap-snap..

Akhirnya sampai juga. Terkejut melihat piring yang terhias muka CuteCarry, bila masa pula CuteCarry posing? Oh.. baru teringat, sebelum naik ke atas boat, ada orang snap gambar CuteCarry (wah..ingatkah peminat! :p)

RM10 only lah… Worth it sangat!!!

 

Trip yang mengambil masa sekitar 3 jam itu membuat kami lapar. Penganjur bawa lapaq  KFC (lapaq means teringin/mengidam dalam bahasa utara) tetapi untuk selera CuteCarry yang very the kpg.com tapi charge urban ini,   CuteCarry  terus ajak  makan dessert iaitu the best tepung talam in the world. Terletak di depan Maybank. Makan pula dengan cendol ataupun teh tarik. TERBAIK!!!!!

Harganya satu potong ialah RM1. Tersangat murah! Kalau kat KL jangan harap!!

Begitulah  kisah CuteCarry selama 3 hari 2 malam di Langkawi. Terima kasih kepada pihak penganjur. Semoga kita bertemu lagi.

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk appearance,  styling individu dan juga untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini