Jika selama ini anda hanya melihat Giant Panda yang comel dan gemuk tapi pandai berkungfu iaitu KungFu Panda ataupun kawan-kawan Cutecarry melihat mata CuteCarry yang kadang-kadang macam mata panda sebab tidak cukup tidur, anda boleh melihat panda LIVE di Taman Wetland, Putrajaya. Dua ekor beruang panda ini ialah pinjaman daripada negara China sempena meraikan hubungan diplomatik selama 40 tahun.
CuteCarry dah merasa tengok panda live semasa di China. Panda ini memang comel. Di Zoo Beijing terdapat beberapa banyak panda, daripada bapa sehingga ibu sehinggalah kepada anaknya yang comel. Jika selama ini kita lihat panda bersih dan putih, tetapi di habitat sebenarnya badan panda nampak berdebu kerana dia suka bergolek-golek atas pasir. Satu sifat panda yang Cutecarry dapat tahu semasa melawat zoo ini ialah panda suka hidup bersendirian. Erm…mungkin sebab itulah dia mudah diserang dan pupus selain daripada sifatnya yang lemah lembut, alam sekitar yang terancam disamping pemburu haram. Undang-undang China sangat tegas dalam mengawal populasi panda. Jika seseorang didapati bersalah membunuh panda, beliau akan dihukum bunuh!!!
CuteCarry in Beijing Zoo, China.
Leave a Reply