home Travel Ombak ganas ala tsunami yang menyamankan di Cherating!!

Ombak ganas ala tsunami yang menyamankan di Cherating!!

Percaya atau tidak ini adalah kali pertama Cutecarry ke Cherating, ataupun lebih tepat ini adalah kali pertama CuteCarry bermalam di Cherating. Jika ke Cherating pun hanya melintasi jika memandu untuk ke Kuala Terengganu. Itupun orang lain yang drive dan bukannya CuteCarry. Pengalaman pernah lalu di Cherating juga menyelamatkan CuteCarry daripada sesat.

Program adalah waktu weekend di Cherating dan terpaksa memandu sendiri. CuteCarry memang main agak-agak untuk jalan ke Cherating dan dengan penuh confident, gamble jelah daripada KL. CuteCarry bertolak daripada Jab. Pertahanan Awam Malaysia di Jalan Padang Tembak, KL  kerana ada talk disana dan bertolak sekitar jam 1.00 tengah hari. Sign board memang ada untuk ke Cherating tetapi bila sampai untuk ke lencongan masuk ke Cherating, signboard tiada, yang ada hanya signboard pusing kanan untuk ke Kemamang dan terus ke Kuantan. So, menggunakan basic instinct CuteCarry (wah.. Sharon Stong sangat.. – sebut dalam loghat Ganu)  bila sampai ke persimpangan itu, Cutecarry terus ambil Kemaman dan phewwwww…nasib baik terus masuk Cherating. Sebenarnya ramai yang ke program tersebut sesat barat kerana mereka terus ambil jalan signboard ke Kuantan dengan mengambil logik ialah Cherating adalah dalam Pahang! Sepatutnya di lencongan tersebut patut ada satu signboard CHERATING. (Pihak yang bertanggungjawab please take note!)

Akhirnya sampai juga ke Cherating setelah memandu sekitar 3 jam lebih. Ada yang kata cepat sampai tapi rasanya Cutecarry drive sekitar 110 t0 120 km/j sahaja, takla laju bebenor!

Terus terpesona dengan keadaan di Impian Resort Cherating. Very calming ambiance. Penganjur telah memberikan satu bilik yang mengadap laut dan CuteCarry rasa amat-amat gembira kerana bangunan tersebut dibuat daripada kayu; sangat exotic dan bila buka tingkap bilik terus nampak pokok kelapa dan pantai.

Lihatlah pemandangan dari bilik CuteCarry. Wifi juga agak bagus dan sambil menunggu program bermula Cutecarry buat kerja. Tiada apa yang lebih bagus daripada meng-emel  quotations sambil mengadap Laut China Selatan!!

Tetapi paling mengagumkan ialah bunyi ombak yang amat ganas. Bunyinya amat kuat dan ada diantara yang datang ke situ merasa takut. Mereka terfikirkan seperti ribut atau tsunami akan melanda Cherating. Memang sangat kuat ye..bila tengah malam lagilah kuat bunyi ombaknya. Berdentum-dentum. Bayangkan seperti anda melihat film bercorak end of the world or earth disaster bila ombak menerjah masuk. Bunyilah sound effect semulajadinya. Ramai yang hadir daripada KL merasa tidak selesa dengan bunyi ombak tetapi berlainan pula dengan CuteCarry.I am not a beach person and more into cold high at the top Cameron Highlands person but I am falling in love with the ombak.Orang lain takut-takut waktu malam kerana ombak tetapi bunyi ombak ganas tersebut seperti lullaby untuk CuteCarry tidur lebih nyenyak. Kebiasaanya jika di hotel sewaktu tidur CuteCarry akan buka TV (untuk mengelakkan bunyi-bunyi tidak diingini-makhluk lain..) tetapi sewaktu tidur di hotel ini Cutecarry tutup dan tidur dengan nyenyak sekali. Extremely therapeutic!

CuteCarry juga berjogging di sekitar pantai di pagi hari. Hendak mandi tetapi bendera merah dinaikkan yang memberi amaran yang laut bergelora. Hancurlah harapan untuk mandi laut! kalau tak merasa posing untuk tatapan anda (jangan uols muntah sudah!)

My suggestion is  Warung Aziz Satar Kemaman. Tepi jalan je! Makan time, muka poyo bersalahlah kononnya setelah habis melantak macam kena rasuk puteri satu hingga tujuh ulek mayang diulek kannn!Cherating memang terkenal untuk berehat tetapi jika anda hendak makan apa kata drive sikit je ke Kemaman, hanya sekitar beberapa kilometer daripada Cherating. Speciality di kedai-kedai sepanjang pantai Kemaman sesungguhnya ialah makanana laut Melayu ala Pantai Timur, sata, ikan pais, ikan dan sotong celup tepung juga tidak dilupakan ialah keropok lekor. Lain ye rasa keropok lekor di KL dengan keropok lekor di Terengganu.Sangat sedap. KL keropok lekor tepung lebih !!!

Konsep kurangkan rasa bersalah lepas dirasuk hantu sata dan pais ikan ialah makan petola je waktu lunch dinner segala di hotel!

Pada malam akhir program tersebut CuteCarry menjalankan tugas sebagai juri. Konsep dinner ialah beach wear dan CuteCarry mengenakan konsep pakaian beach boy, baju tersebut dibeli di Beijing. Sebenarnya CuteCarry pakai
je apa yang ada dalam luggage dan mix and match. Tidak bersedia langsung tetapi nasib baik kena konsep. Mula-mula hendak pakai seluar pendek untuk ke dinner tersebut tetapi memandangkan “short  short” tersebut terlalu short CuteCarry batalkan hasrat tersebut. Lagiupun takut gak nanti hantu ombak serang CuteCarry..dengan short-short very the short tu je kena sapu masuk Laut China Selatan!!! Short-short hanya dipakai ketika majlis dan tempat tertentu.Hormati majlis dan orang-orang yang hadir ye kawan-kawan. Kita bergaya-gaya  juga tetapi tengok keadaaan sekeliling.Biar orang lain selesa dengan kehadiran kita dan bukan sebaliknya.

Breakfast CuteCarry makan ni je sebab nak makan nasi dagang kat gerai diluar.  Makanan di Impiana Resort agak sederhana.Tidaklah terlalu hebat dan tidak lah terlalu teruk. Tetapi di kafe Kedai Kopi Hotel Impianan sangat menarik dengan konsep kopitiam zaman dulu-dulu.  Nasihat CuteCarry..enjoy the local food outside the hotel!

Terima kasih kepada penganjur. XOXO. Nanti jemput lagi ye.

Berminat untuk  CuteCarry hadir ke event anda untuk appearance, boleh hubungi terus CuteCarry. Fee boleh dirundingkan.

untuk styling individu dan juga kursus untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini.

List kursus anjuran CuteCarry ialah:-

  • Imej ABC (Appearance, Behaviour, Communication)
  • Ketrampilan Diri
  • Protokol dan Etiket sosial
  • Protokol Majlis Rasmi
  • Pengendalia majlis dan acara
  • Komunikasi
  • Pengurusan Pelanggan
  • Pengucapan awam
  • Pengacaraan (emcee)
  • Penulisan Teks
  • Persekitaran dan Amalan  5 S
  • Motivasi
  • Pengurusan Kewangan Peribadi
  • Kepimpinan
  • Pengurusan  dan Kecermelangan Pentadbiran
  • Kecemerlangan penyeliaan
  • Pemikiran Kreatif
  • Law of Attraction (LOA)

 

Comments

comments

Leave a Reply