Panas Di KL… Lari ke Fraser Hill (Part 1)

Remember this infectious Nelly song?
It’s REALLY HOT IN HERRE…It’s gettin’ hot in here (so hot)
So take off all your clothes
I am gettin’ so hot
(uh uh uh uh)
I wanna take my clothes off

Panas sangat KL sekarang ni kan?

Menurut ramalan, cuaca panas ini akan berterusan sehingga akhir Mac 2009. Tapi siapakah kita untuk tidak henti menghenti komen kerana ini adalah yang telah ditentukan oleh masa Esa (sambil memakai koleksi Puteh daripada Rizalman dan lagu latarbelakang ditukar kepada lagu-lagu Raihan…).

CuteCarry melarikan diri ke Fraser Hill dan INI ADALAH KALI PERTAMA MENJEJAKKAN KAKI KE FRASER HILL!

dsc06501

Jalan untuk ke puncak agak ‘bengkang-bengkok’ dan dalam sekitar 6 kilometer terakhir, ITS A ONE WAY ROAD. Jadual untuk melalui JALAN SEHALA ke Fraser adalah seperti di bawah:-

Formula untuk mengingat ialah nombor genap, atas ke bawah, nombor ganjil ialah bawah ke atas!

dsc06503

Sementera menunggu untuk naik keatas, kita boleh berehat di tempat yang agak selesa dengan kemudahan tandas yang bersih dan surau. Ada juga sebuah gerai yang menjual minuman, tetapi CuteCarry berharap penjual tu apalah salahnya senyum sedikit kat pelanggan-pelanggan!
Walau apapun berlaku, sempat berposing di gerai yang terletak berdekatan dengan tempat bermula ONE WAY ROAD TERSEBUT.
dsc06498

But, when I reached the top…. It is full of SUNFLOWERSSSSSSSs…

dsc06509

dsc06510

dsc06511

Feeling-feeling Jaafar Onn sambil menyanyi lagu Maya “Bunga-bunga Matahari!”

dsc06515CLOSE UP SUNFLOWER!

Can you see the kuaci of the sunflower (yes… the one you like to snack!).

CuteCarry berpendapat, disebabkan terdapat banyak bunga-bunga matahari di atas Fraser Hill, kerajaan patut mempertimbangkan untuk menjadikan bunga matahari sebagai identiti Fraser Hill.