Lim Kok Wing Fashion Show for Suria KLCC Fashion Week 2012
22 April 2012Kopi RM25 dan aksi CuteCarry memanjat Tembok Besar China!
7 May 2012CuteCarry bukanlah seorang light traveler,yang boleh membawa hanya sebuah beg kecil bila outstation. Pelbagai keperluan mesti diangkut walaupun hanya tidur semalam. Baju tidur, baju jalan, jeans,kasut,selipar , pencuci muka, moisturiser dan segalanya mesti ada. Tetapi satu perisitiwa yang berlaku ketika penerbangan ke China. Tragedi sangat!!!!
CuteCarry melancong ke China bersama kawan CuteCarry dan kami telah membuat segala keperluan yang sewajarnya, termasuklah apa yang hendak dibawa dalam luggage. Tetapi satu perkara yang kami agak lupa nak tengok dengan betul ialah waktu penerbangan! Sebenarnya waktu perjalanan adalah sekitar jam 8.30 am tetapi kami ingat ia adalah jam 9.30am!
CuteCarry sebenarnya datang awal ke airport dan menunggu kawan CuteCarry datang kerana dia kena selesaikan sedikit kerja di pejabat. Tetapi ketika CuteCarry terlihat di skrin penerbangan ke China telah menunjukkan ‘closed’!
Berderau darah .. what? Closed? CuteCarry pun pergi ke kaunter dan memohon supaya dibenarkan masuk tetapi jawapannya CuteCarry dibenarkan masuk kedalam flight tetapi luggage kena tinggal!!!Walaupun air mata seniwati Neng Yatimah hampir mengalir (meminta simpati kononnya) sewaktu merayu untuk membenarkan CuteCarry check in luggage tetapi jawapannya masih TIDAK BOLEH . CuteCarry pun menelefon kawan yang masih dalam perjalanan dan dia pun baru tersedar yang waktu ialah 8.30am dan sekrang waktu adalah jam 8.05 am ! CuteCarry berlari ala-ala peserta amazing race ke luar airport menunggu kawan, sampai je dia (sedikit lagi nak cekik dia!) buka luggage dan ambil perkara yang perlu sahaja iaitu:-
Toiletries bag yang ada keperluan kecantikan termasuk MOISTURIZER (keserian muka perlu dijaga..walaupun dalam keadaan kelam kabut!)
Beg pula ditinggalkan kepada kereta yang menghantar rakan CuteCarry ke airport.
Masa sudah terlalu suntuk dan dengan kuasa aura bekas pelari pecut negara G. Shanti, CuteCarry dan rakan pun berlari ke kaunter imigresen,memecut meninggalkan segalanya seperti dikejar anjing gila untuk ke pesawat dan dalam masa hanya tinggal kurang 3 minit untuk pesawat berlepas, kita sempat masuk ke dalam flight. Dalam keadaan muka peluh-peluh, CuteCarry pun berjalan ketempat duduk dalam keadaan maintain, seperti tiada apa-apa berlaku walaupun rasanya hampir separuh nyawa berlari. CuteCarry dan rakan akhirnya selamat sampai ke China.
Sebelum: Ini adalah rupa Cutecarry ketika menjejakkan kaki ke China. Dalam beg plastik itu ialah moisturiser segala!
Selepas: Hat and pants: market in Beijing, fox fur and DKNY tee in Xian, CK jeans dan new luggage!
Hendak tahu segala yang berlaku di China..tunggu di CuteCarry!!!