Travelgasm: CuteCarry di Bali (Eat, Play, Love)
15 September 2012Stylegasm: Gambar studio terbaru Siti Nurhaliza (photographer sama dengan CuteCarry!)
19 September 2012Bali selalu dikenali sebagai kawasan untuk kita beriadah di tepi pantai dan CuteCarry rasanya dah macam bosan tepi pantai. I am not a very beach person, more into highland, city. ancient type so I’m heading to Ubud. Gambar diatas, posing di pekan Ubud. Shades Armani dan beg Prada itu ke mana sahaja di Bali. Sebelum beli beg baru, teruskan membaca….
Ubud adalah kota kebudayaan dan seni Bali. Jika di Kuta atau mana-mana tepi pantai pengunjungnya ialah mereka yang lebih relax; jenis-jenis menunjukkan susuk tubuh, bertatu, rambut serabai macam tak mandi setahun tetapi di Ubud pengunjunya nampak lain sikit. Kebanyakan ke sini adalah untuk menghayati kebudayaan dan kesenian Bali. Banyak kuil, makam, upacara keagamaan, gallery berada di Ubud. Tetapi yang membuatkannya lebih popular ialah Ketut Liyer, penilik nasib terkenal seperti didalam buku Eat, Play, Love. BTW…jika nak tahu kenapa CuteCarry ke Bali ialah kerana BERANGAN selepas tengok Oprah Show. baca novel Elizabeth Gilbert dan tengok movie Julia Roberts. SEMUA SALAH OPRAH!!! Click disini untuk membaca kisah BERANGAN ini!
Ketut Liyer adalah bomoh/penilik nasib/medicine man adalah ikon di Ubud atau lebih tepat Bali. Seluruh dunia datang untuk berjumpa beliau. Kalau hendak berjumpa dan menilik nasib kena beratur, ambil nombor giliran dengan bayaran sekitar 20,000 rupiah. Kalah doktor….
TETAPI sebenarnya CuteCarry tidaklah berjumpa atau menilik nasib dengan Ketut Liyer.. bukan budaya dan dilarang di bawah agama Islam kan, so janganlah nak ikut sangat! Nak berangan pun kena ada had. Jangan cepat terpengaruh. (terus konsep Imam Muda).
So, jangan tazkirah atau tiba-tiba nak azan kat CuteCarry bila membaca tajuk entry diatas ye..
CuteCarry pun membeli-belah juga di Ubud, termasuk beg. Yes… ohh..no bukanlah designer bag tetapi beg galas batik yang berharga RM10. Terukkan CuteCarry, kat puncak Ubud pun tetap nak beli beg kan. Tetapi memang bagus betul beg ni. Selesa pakai.
Selain beg RM10 yang sangat epic itu, CuteCarry juga berhenti di beberapa galeri lukisan yang banyak terdapat di Ubud. Kerjaya pelukis di Ubud Bali adalah kebanyakannya adalah turun temurun. Mereka melukis dan kemudian menjualnya. Kebanyakan lukisan adalah berasaskan kepada kebudayaan Bali yang unik dan penuh mistik. Harga memang agak murah. CuteCarry sebenarnya bukanlah pandai sangat nak appreciate lukisan ini tapi bila nampak yang berkenan terus sambar. Bermulalah sesi tawar menawar – CuteCarry membuka langkah tarian Ulek Mayang diUlik dam mereka menari tarian Bali Kechak. Bising sangat kan.. (guess mulut sapa paling bising dan irritating di puncak Ubud?) Akhirnya mereka tewas juga dengan mulut orang Malaysia yang memang minat sangat diskaun ini. Balik Malaysia terus nak frame!
LITE-LITE. THATS IT!!!