Tips untuk beli jeans/denim bagi perut buncit

Strike a pose sebelum memulakan kursus di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB). CuteCarry memakai jeans yang baru dibeli mengikut saiz biasa TANPA mencuba di Uniqlo KLIA2. Ia sedikit besar, kemungkinankah saya semakin mengecil? Jeans ini akan dipotong dibahagian bawah.

Antara kriteria perunding imej ialah seseorang itu WAJIB membuat penataan atau styling kepada pelanggan. Jika ada yang mengaku perunding imej tapi hanya belajar daripada buku,  mungkin patut keluar dan cuba untuk menggayakan pelanggan.

Badan manusia adalah berbeza-beza. Jika buncit tetapi kaki panjang, lain jenis potongan daripada buncit kaki pendek. Kepada yang mempunyai perut buncit, hati-hati membeli jeans. CuteCarry telah membuat banyak sesi perundingan imej bersama pelanggan dan antara persamaan untuk membeli jeans jika mempunyai perut buncit ialah jenis material denim. Jeans atau denim tersebut perlulah daripada jenis ‘stretchable’ ataupun lebih mudah fabrik  jeans tapi mudah melentur bila diregangkan. Elakkan membeli jeans daripada kain yang sangat berat kerana jika anda tersalah beli saiz yang kecil, ia akan menyebabkan perut nampak lebih melimpah dan jika saiz yang besar, anda akan nampak sangat besar!

Tips kedua ialah semasa mencuba jeans di kedai, cuba tindihkan dua jari dan masukkan didalam pinggang seluar.Pastikan ruang yang selesa di pinggang tersebut. Elakkan membeli jika anda tidak boleh memasukkan dua jari ataupun ia terlalu longgar.

CuteCarry bukanlah mempunyai perut yang buncit…hmmmm……ok ok. saya mengaku kadang-kadang perut sedikit naik (selepas makan tidak sedar diri atau dirasuk hantu)  dan oleh itu pemilihan jeans amatlah penting.

My current obsession is pair from Uniqlo. RM129 per pair. Not really a pair because I owned like 9 or 10 pairs of them!

Itu adalah antara tips yang dikongsikan bersama-sama dengan peserta Kursus Peningkatan Kualiti dan Perkhidmatan Pelanggan bersama kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Terima kasih kerana menjemput CuteCarry. Apa kena mengena beli jeans dengan peningkatan kualiti pelanggan? Sebenarnya bukan hanya teknik beli jeans sahaja yang dikongsikan tetapi melibatkan pelbagai pengisian dan aktiviti sepanjang dua hari. Kursus akan jadi membosankan jika penceramah buka slide dan baca. CuteCarry suka berkongsi pengalaman dan tips.

Jika berminat mengendalikan kursus ditempat anda, hubungi  talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)

maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry
Perbincangan kumpulan, Kursus Pengurusan Dan Peningkatan Kualiti Pelanggan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Praktikal make up korporat oleh make up artis profesional dan bertauliah, Naza.
Praktikal Hijab daripada penggaya hijab, Aida Farrel