BUTIK BRANDED JUAL BARANGAN TIRUAN
16 January 2020TAMPIL KASUAL DENGAN KEMEJA?
20 January 2020‘Saya mengandung dah 6 bulan dan selalu ada masalah dengan pemilihan baju. Saya tak pandai nak suai padan baju dengan tubuh badan yang semakin sarat membesar ni’.
– luahan salah seorang follower CuteCarry
Ramai wanita hamil buntu dan bertanya kepada saya, apa pakaian yang sesuai untuk preggy women. Tak semestinya anda mengandung anda tak boleh bergaya! Anda cuma perlu bijak memilih jenis pakaian yang selesa dan sesuai dengan bentuk badan wanita hamil. Jadi di sini, Cutecarry nak kongsikan gaya selebriti mengandung pilihan Cutecarry yang boleh dijadikan idea untuk preggy women di luar sana. Check it out!
1. Wrap Dress
- Bagusnya wrap dress ni flexible sebab mudah dilonggarkan dan diketatkan mengikut keselesaan dan bentuk badan anda.
2. Seluar
- Siapa kata ibu mengandung tak boleh pakai seluar? Tengok Syida Melvin dan Nina Iskandar elok je pakai seluar, kan?
- Tak ketat pun, tau. Sekarang, banyak je yang jual seluar khas untuk preggy women.
- Pemakaian seluar amat sesuai bagi preggy women yang aktif.
- Fabrik yang digunakan ialah jersi kapas dan likra yang mudah merengang dan strectable.
3. Jubah
- Jubah memang sering dijayakan oleh preggy women yang berhijab , mengikut keselesaan masing-masing.
- Jika ingin tampil ayu dan sopan, anda boleh meniru gaya artis pilihan CuteCarry yang menggayakan jubah seperti di atas.
4. Jaket
- Jaket adalah pakaian luaran yang boleh digayakan untuk mengekalkan keselesaan ketika melakukan aktiviti luar (ketika cuaca sejuk).
- Penambah dan pelengkap gaya bagi preggy women yang nak tampil berbeza.
P/s : Kalau nak dapatkan pakaian bagi preggy women ala-ala selebriti, boleh usha di instagram @9months_maternity dan facebook @9monthsmaternity.
Semoga tips daripada CuteCarry dapat membantu anda untuk tampil bergaya walupun tengah mengandung. Nak dapatkan banyak lagi tips mengenai imej dan penampilan? Jangan lupa follow facebook dan instagram Cutecarry.
Sumber Gambar : Instagram