TAMPIL KASUAL DENGAN KEMEJA?

Pada zaman dulu, kemeja merupakan pakaian yang hanya dipakai oleh kaum lelaki, sehingga abad ke-20.  Namun, pada pertengahan 1800-an, kemeja mula digayakan oleh kaum wanita.

Ramai yang beranggapan kemeja ni hanya boleh dipakai untuk ke pejabat dan majlis formal saja. Sebenarnya, kemeja juga boleh dipakai ketika melakukan aktiviti santai dan kasual. Nak tahu bagaimana? Jadi saya nak kongsikan 5 cara menggayakan kemeja yang boleh buat anda nampak stunning dan fashionable!

  1. Sweater
FOTO : PINTEREST

Boleh gayakan kemeja bersama oversize t-shirt atau sweater yang nipis di luar. Untuk nampak lebih santai lagi, gayakan outfit ini bersama skinny jeans.

2. Seluar Jeans

FOTO : PINTEREST

Tuck in kan kemeja korang bersama seluar jeans (skinny jeans, boyfriend jeans ataupun bootcut). Gaya ini sesuai disuai padan bersama kemeja kosong ataupun bercorak. Kalau tak nak tuck in pun boleh, anda boleh buka sedikit butang dibawah kemeja anda dan ikat. Simple tapi stylo kan?

3. Jacket/ Blazer

FOTO : PINTEREST

Terlalu santai kan bila gayakan kemeja bersama jeans sahaja?  So, untuk tampil lebih WOWanda boleh memakai denim jacket atau blazer sebagai outer. Jangan lupa padankan bersama sneakers untuk kelihatan lebih sempoi.

4. Skirt

FOTO : PINTEREST

Yass! Why not? Kemeja juga boleh dipadankan bersama skirt (printed or plain).  Sesekali nak nampak chic and cute, apa salahnya kan?.  Padankan juga bersama flat shoes, ankle boot atau sneakers.

5. Dungaree dress/ Overall dress

FOTO : PINTEREST

Kalau anda mempunyai dungaree atau overall, padankan bersama kemeja korang. Nampak stylo kan? One of a kind, gituww!

Semoga tips daripada Cutecarry dapat membantu anda tampil cantik dan kasual dengan menggayakan kemeja. Untuk mendapatkan banyak lagi tips mengenai imej dan penampilan, Follow lah facebook dan instagram CuteCarry.

Sumber gambar : Instagram & Pinterest.