Kaftan-kaftan stylo di Butik Oasis
25 Julai 2011Mewahnya perkahwinan Memey dan Norman:Jimmy Choo, Rafflesia, Ezuwan Ismail, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini
26 Julai 2011Amy Winehouse adalah antara penyanyi kegemaran CuteCarry. Best dengar suaranya dan lagunya yang very soulful, husky dan sangat effortless. CuteCarry bukanlah peminat lagu-lagu berentak soul macam itu tetapi bila dengar suara Amy, terus minat.
She is a trend setter, fashion icon. The bee hive hairdo, who can carry that? Only Amy! Semasa hari kematiannya, hair stylist nya juga berada di rumah tersebut. Amy meninggal dunia semasa berusia 27 tahun, sama seperti ramai lagi lagenda yang meninggal diumur tersebut seperti Kurt Cobain dan sebagainya.
Saksikan video terakhir Amy yang menyanyikan lagu Tears Dry On Their Own (one of my favourite Amy song) semasa konsertnya di Belgrade. Semasa ini dia dah macam high; lupa lirik, confused dan nampak sangat tidak sihat.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=6m8o2wuxYbY&feature=player_embedded[/youtube]
Itulah bahaya dadah!!!
Peristiwa pelik terjadi kepada Cutecarry ialah semasa hari kematian Amy. Semasa sedang memandu kereta, CuteCarry pun bukalah radio dan bukan berniat nak dengar CD sebab player rosak. Tetapi tiba-tiba lagu Amy dimainkan! Peristiwa pelik ialah CD Amy memang berada didalam CD player kereta dan ia tidak boleh dimainkan sebab CD player tersebut telah rosak. Paling hairan kenapa tiba-tiba pada hari tersebut CD tersebut boleh dimainkan dan lagu Amy berkumandang di dalam kereta CuteCarry. Sepanjang perjalanan CuteCarry pun mendengar lagu Amy sehinggalah pada malam tersebut terbaca status dalam FB, “Amy Winehouse passed away”.
Creepy kan? (semasa sedang update blog ini pun CuteCarry rasa macam sedikit seram..seriously).
Jauhi diri daripada dadah, CuteCarry pun pernah ditawarkan ambil dadah tetapi nasib baik CuteCarry menolak kalau tidak…
kita cerita di lain entry!!!
My all time favourite Amy Winehouse video and song..
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=ojdbDYahiCQ&feature=related[/youtube]
Mungkin ada yang kata kenapa kita nak puja-puja dia sebab dia mati disebabkan dadah tetapi sebagai seorang insan fikirkanlah.. dia pun manusia, kita pun manusia, janganlah nak kutuk-kutuk orang yang sudah meninggal dunia.