Team building berupaya menjadikan pendukung organisasi untuk cemerlang  dan beriltizam dengan faktor-faktor kritikal yang menjana dan menyuburkan organisasi seterusnya memantapkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk mencipta kesejahteraan diri dan kecemerlangan baru organisasi

Keistimewaan team building kami ialah gabungan aktiviti dalam ruang seminar (indoor) dan luar (outdoor). Seminar ini akan memberi impak positif seterusnya hubungan dan semangat kekitaan warga organisasi juga dapat dieratkan. Jika anda tidak mempunyai tempat untuk aktiviti, kami akan mengubah bilik seminar menjadi kawasan aktiviti. Menarik kan?

Metodologi yang diaplikasi akan berfokus kepada keseimbangan aspek teori dan praktikal serta keseimbangan aktiviti di dalam dan di luar kelas berlandaskan kepada  faktor-faktor kritikal yang telah dikenal pasti.

Faktor-faktor kritikal dalam TEAM BUILDING:

  • Peranan & tanggungjawab terhadap organisasi
  • Kesetiaan kepada organisasi & negara
  • Ciri-ciri staf bermotivasi & kepentingannya dalam perkhidmatan
  • Keutuhan & keunggulan peribadi ke arah budaya kerja cemerlang
  • Etika kerja dalam perkhidmatan
  • Semangat kerja berpasukan
  • Meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang keperluan peningkatan diri dan organisasi secara berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat
  • Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keperluan untuk berperanan secara lebih berkesan terhadap perkembangan diri dan perkembangan organisasi secara saling melengkapi
  • Meningkatkan penghayatan terhadap tujuh faktor kritikal yang diperlukan untuk tekal mendukung kecemerlangan berorganisasi
  • Meningkatkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk menjanakan perkembangan organisasi secara lebih berkesan
  • Meningkatkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk bekerjasama secara lebih berkesan di dalam satu pasukan