Hafiz Mustapha adalah seorang penceramah, perunding imej, penulis, blogger dan pengasas CuteCarry Sdn Bhd dan pemilik blog dengan domain Cutecarry.com & Cutecarry.cc. Lebih seratus ribu peserta telah mengikuti kursus dibawah kendalian beliau. Kepakaran beliau adalah didalam bidang IMEJ ABCD- (Appearance, Behaviour, Communication, Development), Protokol & Etika, Perkhidmatan Pelanggan, Penjemaan Perniagaan, Motivasi, Daya Tarikan (Law of Attraction), Pengendalian Majlis dan pelbagai bidang-bidang berkaitan. Antara pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan beliau didalam bidang penjenamaan, mystery shopper dan pengurusan pelanggan dan imej ialah McDonalds, Perodua Malaysia, Andalusia Travel dan juga agensi-agensi swasta dan Kerajaan seluruh Malaysia.

Setelah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan, beliau mengikuti jurusan Komunikasi Media yang memberi tumpuan kepada media dan imej di Kolej Ripa London, United Kingdom. Beliau pernah menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di bawah Kerajaan Malaysia selama 10 tahun daripada Gred M41 sehingga Gred M48. Beberapa tahun di dalam perhubungan awam, beliau dilantik sebagai Ketua Komunikasi Korporat di dalam sebuah agensi tempatan. Skop kerja adalah termasuk hubungan media, sektor korporat dan awam, pengurusan acara /majlis peringkat agensi sehingga kebangsaan dan lain-lain bidang yang berkaitan.