Komunikasi yang baik bagaikan berlayar di laut yang tenang

Tanggapan pertama dalam cara kita berkomunikasi adalah penting! Perjanjian perniagaan boleh dibatalkan disebabkan kepada kemahiran komunikasi lemah.

Ketua yang yakin bercakap akan dihormati. Kakitangan yang bijak mengatur kata akan disukai semua orang termasuk pelanggan. Salah faham komunikasi termasuk secara bertulis akan memberi impak buruk kepada organisasi. Kami akan memberi tips bagaimana untuk bercakap dengan semua orang. Permulaan kepada kejayaan adalah amalan. Kami akan memberi panduan dan latihan untuk diamalkan agar anda yakin bercakap.

Antara topik yang dibincangkan adalah: –

• Kemahiran komunikasi
• Teknik membina Karisma melalui pandangan pertama
• Seni persembahan dan pengucapan awam
• Seni untuk mempengaruhi orang lain dengan imej
• Komunikasi lisan dan bukan lisan
• Komunikasi Korporat
• E-komunikasi
• Komunikasi untuk mesyuarat
• Komunikasi temuduga
• Komunikasi laporan
• Komunikasi tulisan termasuk resume, surat rayuan dan sebagainya