Protokol dan etiket merupakan salah satu elemen utama dalam kehidupan seharian.

Protokol, etika dan etiket sosial adalah tiga perkara berbeza tetapi memberi impak yang sama. Setiap perlakuan kita perlu disesuaikan mengikut khalayak, keadaan dan tempat. Kami akan memberi ilmu dan tips untuk nampak lebih classy.

Peraturan etika merangkumi kebanyakan aspek interaksi sosial dalam mana-mana masyarakat. Ia mencerminkan kod etika asas, atau ia boleh mencerminkan status seseorang. Terdapat etika tertentu seperti cara kita menerima kad nama sehinggalah cara kita makan.

Bagaimana memegang garfu? Gelas kaca di sebelah mana? Kenapa pakaian ini untuk majlis tertentu atau cara untuk berjalan dan bersalaman.

Para peserta akan dilatih aspek-aspek berikut: –
• Aspek Protokol dan Etika
• Protokol dan Etika Pengendalian Majlis
• Etika mesyuarat
• Etika Sosial dalam Perbualan
• Etika Makan
• Etika Berpakaian
• Protokol korporat
• Perbezaan Budaya
• Imej dan Profesionalisme
• Pembentukan Imej Korporat
• Protokol Antarabangsa
• Budaya Memahami Kepelbagaian Antarabangsa
• Protokol dan etika Kelakuan peribadi

Program Protokol, Etika dan Etiket Sosial bakal berlangsung pada 6 hingga 7 Ogos 2022.