Tips membeli tudung ONLINE daripada ButikPinkku
19 Ogos 2011Chloe Chen is the new Miss Malaysia World 2011
21 Ogos 2011FIKSYEN: TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN HIDUP ATAU MATI..BOLEH CAKAP BEGITU?).
Bukan semua peristiwa memori yang manis untuk dikenang, tetapi Cutecarry gembira kerana ia betul-betul mengajar satu perkara penting.
ADA MANUSIA MEMANG PANDAI BERLAKON DAN BOLEH MENJADI SANGAT HIPOKRIT!
CuteCarry mempunyai krisis dengan seseorang makhluk Allah (kita namakan X) dan ada yang tahu berkenaan perkara ini. X mempunyai kepentingan dan ramai lah yang cuba mengampu beliau. Tetapi krisis CuteCarry bukanlah sampai hendak bergaduh meninggikan suara dan marah-marah. Walaupun X jenis begitu tetapi CuteCarry bukanlah jenis yang suka marah-marah tidak tentu pasal. Komunikasi terbaik bukan dengan marah-marah dan menengking. I am not like X and never going to be like X.
I have my own class and it is so not me shouting without legitimate reason!
Hanya orang-orang yang meletakkan diri mereka di kelas bawahan sahaja yang akan marah-marah menjerit-jerit tidak tentu hala.
Mengawal kemarahan bukanlah mudah. Jika diikutkan hendak meletus kemarahan tetapi kenalah kawal. Sebagai manusia biasa CuteCarry terdorong mengikut hawa nafsu yang pelbagai; daripada menghabiskan duit membeli jaket-jaket dengan potongan harga 50% waktu SALE sehingga ada yang tidak pernah dipakai sehinggalah kepada ada api-api kemarahan terbit dalam diri.
Contoh..tapi nasih baik pakai juga jaket bulu-bulu ini!
Salah satu cara mengawal ialah kita perlu menjauhkan diri daripada orang yang bersikap begitu. Salah satu perangai CuteCarry ialah tidak mampu untuk berlakon. Jika CuteCarry tidak begitu berkenan dengan seseorang, CuteCarry akan menunjukkan rasa tidak senang dengan ekspresi muka ataupun perbuatan. I am not plastic and I am not intended to become one. It is one of the worst creatures that human being can become.
Tetapi ada orang yang boleh berlakon. Ia terjadi di depan mata CuteCarry sendiri, Di depan punyalah baik gelak ketawa dengan X tetapi dibelakang mengutuk sampai ke lubang liang lahad.Begitu teruk kutukan yang diberikan. Hairan sungguh dengan perangai manusia kerana sanggup berperangai begitu. Kesian juga dengan X kerana manusia yang disangka suka dan berpihak kepada beliau tetapi sebenarnya mengutuk beliau dibelakang.
CuteCarry selalu terdengar cerita rakan-rakan tentang mereka yang kategori