Istimewa bersama Biolyn: Hanya RM10 untuk hair treatment dan produk penjagaan rambut!
16 Mac 2012Bookgasm:Magic by Rhonda Byrne da Ikan Celup Tepung (ICT) Kuala Terengganu
18 Mac 2012Kita merancang tetapi tuhan menentukan…(add some drama sikit kat entry ini).
CuteCarry dah merancang tetapi tidak terlaksana.Perancangan adalah untuk shopping di One Utama sebelum pelancaran Lipton Jom Teh Tariklah. Antara sebab musabab hendak shopping ialah baju yang dibawa tu rasanya dah pakai banyak kali sangat ditambah pula dah target baju mana yang hendak dibeli . Tetapi semasa perjalanan daripada kawasan sekitar Cyberjaya melalui NKVE adalah antara hujan yang amat lebat pernah CuteCarry alami. Tersangat lebat sehinggakan saying cats and dogs rain pun tak boleh digunakan. Banyak kereta yang terpaksa berhenti kerana jalan hampir tidak kelihatan kerana hujan yang terlalu lebat tu!!!
Tetapi CuteCarry dengan gagahnya tidak berhenti kereta. Apa yang dilakukan ialah hanya buka sunglasses (yes…waktu hujan pun tetap pakai sunglasses!!) dan terus memandu dengan emergency light supaya sampai cepat ke Teh Tarik Place, One Utama untuk pelancaran Lipton Jom Teh Tariklah!!!
Mood lagu: Sheryl Crow “everyday is a winding road”…tapi tukar lirik pada everyday is a raining road disebabkan oleh hujan hampir setiap hari.
Akhirnya setelah mengambil masa hampir dua jam lebih sampai juga ke destinasi. CuteCarry adalah yang paling lambat fashionably late sampai, tetapi seperti biasa dengan muka confidentnya dan tersenyum terus duduk..dan lepas tu terus strike a post with the rest!!!
Lipton Proud To be Malaysian. Jom Teh Tariklah with Hugo Verkuil, Marketing Director, Malaysia and Singapore,Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.
Selepas hujan yang amat lebat dan kesejukan yang teramat, tiada yang lebih baik daripada menikmati Teh Tarik Lipton. Teh Tarik Lipton ni memang senang nak buat sebab cuma perlu tambah dengan air panas. Kalau nak tarik sila tarik sendiri macam mat saleh ni tarik!!
Lagi tarik panjang lagi bagus, surprisingly baguslah dia tarik teh, kalau nak tukar profesion pun dah boleh dah ni. Untuk makluman juga,untuk membuat formula 2 in 1 Teh Tarik Lipton ini mengambil masa selama dua tahun..from mamak to mamak to mamak selama dua tahun barulah dapat teh tarik Lipton.
Pasangan yang secocok;- nasi lemak ikan bilis, sotong campur semua untuk mengiringi teh tarik Lipton anda.Boleh bayang tak nikmat bila hujan-hujan, perut lapar dapat makan ni!!! fuhhhhhhhh….. heavan on earth!
Being a true Malaysian, waktu makan mesti kena ramai-ramai sambil lepak. CuteCarry with the rest makan-makan nasi lemak dengan teh tarik. Kenikmatan yang tidak terhingga!!!
CuteCarry bersama 2 gelas Lipton 3 in I teh tarik. Pose ala-ala jadi spokeperson pulak kan. Berangan jadi seperti Maya Karin yang menjadi spokeperson untuk satu jenama kopi…tapi CuteCarry tetap tak mahu kalah posing dengan minuman No 1 Malaysia iaitu Teh Tarik.
CuteCarry dengan Maya Karin ada satu persamaan, dua-dua minum bergelen-gelen Innershine!!!
Terima kasih la kepada Lipton kerana memberi CuteCarry bekalan Teh Tarik Lipton untuk berbulan ni. So,kalau terasa nak minum teh tarik Lipton, apa kata datanglah ke rumah CuteCarry ye. Tengok CuteCarry tarik teh Lipton sambil memakai sunglasses!!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=tqkZS1hcn5I&feature=player_embedded#![/youtube]