
Lelaki yang Nak Handsome Saja Follow Tips Ini.
31 Mei 2022
Nak Nampak Tinggi Ala Model? Baca Artikel Ini, khas untuk anda.
14 Jun 2022Cantik betul Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Baru-baru ni (31 Mei), saya telah mengadakan KURSUS SETIAUSAHA bersama Setiausaha JPA didalam lokasi hebat ini.
Bukan peserta pun ada yang hadir tau di Lobi Auditorium JPA Aras 4 ni. Saya dan team telah beri rundingan percuma dan siap beri hadiah make up percuma dari SLAE Cosmetics lagi! Ramai yang dah jatuh cinta dengan produk Slae ni tau. Organisasi yang nak percuma make up, sila hubungi CuteCarry. Janji tak rugi!
Perfume CuteCarry pun ada tau. Wangi satu Auditorium !



KURSUS SETIAUSAHA daripada CuteCarry tidak “typical” kerana saya telah mendapat maklumat dalaman. (Sebelum apa-apa, baik anda baca dahulu)
Untuk pengetahuan anda, saya adalah bekas Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan majoriti batch saya kini menjawat jawatan tinggi dan mempunyai setiausaha. Oleh itu saya dah buat soal selidik tentang apakah expectations, isu dan setiausaha pilihan mereka.
Hasil daripada soal selidik, saya kumpulkan data kajian dan persembahkan semasa seminar saya. Saya juga kongsi cara untuk atasi isu itu. Sebagai bekas penjawat awam, saya faham situasi ini kerana hanya “orang yang pernah kerja kerajaan sahaja faham kerja kerajaan”.

Saya sangat bersyukur kerana saya telah menerima maklum balas yang amat positif daripada ramai peserta. Sampai ada yang nak tambah masa lagi semata-mata untuk dengar ilmu yang saya kongsikan! Saya juga turut bersyukur dapat berkongsi ilmu dan saya harap apa yang dipelajari itu sampai ke “hati” anda ?.Setiausaha JPA memang best. Semua happening. Bukan sahaja peserta, pegawai-pegawai dan staff lain pun ramai yang turun ke kursus ni tau. Terima kasih juga kepada Pengarah yang turut turun?. Meriah sangat! TERIMA KASIH Setiausaha Jabatan Perkhidmatan Awam! CuteCarry sayang anda ❤️ |
Love, Hafiz Mustapha CuteCarry❤️ |
Jom jemput CuteCarry ke organisasi anda. Sila hubungi kami di: Email:training@cutecarry.com cutecarry@yahoo.com No.Telefon: 019-337 6807 019-329 0397 03-8940 6807 |