FURLA Pavilion KL bags for 20% OFF
5 Mei 2010WANPA + HairKunst Hair and Fashion Show @ The Curve
6 Mei 2010Bila ada sesuatu perkara yang tidak menyenangkan, perkara itu boleh menjadi topik yang paling seronok untuk dibincangkan. Itulah yang terjadi pada petang tadi bila CuteCarry dan beberapa rakan berbicara mengenai bau badan.. ataupun bau-bau badan.
Ini adalah cara saya menutup hidung bila ada bau badan or body odour (BO)!..
Cuba baca dua kisah benar ini. Memang kena mengena dengan yang hidup.. sihat walafiat lagi kedua-dua pelakon utama dalam kisah benar ini!
Kes Pertama:
Beliau adalah seorang berpangkat besar. Gaji pun boleh tahan (boleh lah kalau nak beli MArc Jacobs STAM sebulan sekali!) dan seorang yang amat baik. Beliau sentiasa tersenyum dengan orang, mudah untuk dibawa berbincang dan seorang yang tidak ada masalah dengan sesiapa. Tetapi ada satu masalah yang kita semua menghadapi iaitu BAU BADAN YANG MEMANG MEMENINGKAN. Ini bukan bau badan yang manja-manja tapi bau badan yang boleh ‘ditinggalkan’. Kita boleh tahu dia berjalan di tempat itu melalui bau badannya. Ada seorang kawan yang hampir hendak muntah sebab bau badannya.
Gaji besar, hati baik tapi disebabkan BAU BADAN yang power, orang sekeliling akan teringat akan bau badannya. Habis kisah dia yang baik hati tu.. macam “ohhhhhh… Mr X yang kuat BO!”
Kes Kedua:
Seorang wanita yang boleh tahan cantiknya, badan kurus, pakai tudung tapi