Boys and Guys… apa kata kita pakai khaki Dockers waktu raya?
11 Ogos 2011Kasut sesuai untuk jubah/kaftan
13 Ogos 2011CuteCarry having my chicken and salad @ one of the hotel rooms right after my fine dining talk.. memang macam tu, CuteCarry mengajar orang adab fine dining dan waktu mengajar tidak boleh makan, lepas habis kelas barulah boleh makan. LAPAR SANGAT!
Tapi entry ini nak cakap etika buffet ketika ramadan.
Adab ketika makan menunjukkan personaliti kita. Disepanjang bulan Ramadan, kita dihidangkan dengan pelbagai makanan dan dijemput untuk ke majlis berbuka puasa di merata tempat. Walaupun ketika kita lapar kerana seharian berpuasa, wajiblah kita menjaga tatasusila supaya nampak lebih classy.
Antara perkara utama yang perlu diambil perhatian ialah ketika ketika buffet, JANGANLAH AMBIL MAKANAN SAMPAI PENUH MEJA ATAU PENUH PINGGAN.Buat malu je!
Mulakan dulu dengan salad/appetiser lepas tu bangun kembali untuk ambil makanan utama dan akhirnya desert. Jangan risau tidak akan habisnya makanan tersebut. Jika habis, minta restoran tambah makanan!
Cadangan CuteCarry ialah anda makan kurma atau kuih berserta air, sembahyang maghrib dan selepas itu baru makan nasi!
Tidak sanggup rasanya melihat orang yang sebelum berbuka puasa, meja penuh dengan makanan macamlah tidak makan 4 hari!
Paling parah ialah orang-orang ini tidak menghabiskan makanan yang diambil! Ada sesetengah restoran yang mengenakan bayaran terhadap makanan yang tidak habis. Langkah yang bijak untuk mengekang mereka yang tamak, suka membazir dan memalukan ini.