RIP Datuk Punch Gunalan
15 Ogos 2012Open casting at Red Communication
16 Ogos 2012Ramadan akan berakhir, rasanya sebentar sahaja masa berlalu. CuteCarry rasa macam minggu lepas sahaja CuteCarry berbuka puasa di kampung pada hari pertama Ramadan. Tetapi kita telah sampai ke penghujung Ramadan.Pada awal Ramadan dahulu, CuteCarry telah meletakkan didalam status facebook CuteCarry tentang siapakah yang ingin bersedekah kepada anak yatim/miskin di Rumah Sentuhan Budi. Syukur Alhamdulillah kerana banyak sambutan yang diterima. Dapat juga mengutip ribuan ringgit untuk diberikan kepada rumah tersebut.
Kita patut meneruskan tradisi bersedekah di akhir-akhir Ramadan ini. Banyak pahalanya. Tetapi jangan pula berhenti bersedekah setelah habis puasa ye… Ingat..
WHAT YOU GIVE YOU GET BACK!
CuteCarry bersama anak-anak Rumah Sentuhan Kasih..wearing last year baju Melayu from Omar Ali and yes.. flip flop je, lepas sembahyang terawih bersama mereka. (ok..yang baju putih tu bukan anak yatim ye…itu anak kawan CuteCarry!)
From deep of my heart..thank you..thank you for those who donated to the Rumah Kasih. You know who you are!
Kepada yang berminat untuk bersedekah ke rumah tersebut, hubungi
Rumah Sentuhan Budi
No. 76-A, Jalan 5/12 D,
Kg. Sri Batu, batu 4 1/2,
Jalan Ipoh
51110 Kuala Lumpur
Telefon:
016-3079287 (Pn. Nora Aziz)
016-4111944 (En. Nizam Rosdi)