CuteCarry in Hatta Dolmat winning trench
10 Ogos 2010Rizalman jadi Pengarah Iklan
11 Ogos 2010Its a charm.
Mesti ramai dah kena jampi dengan Louis Vuitton. Tak kisahlah samada orang yang kena jampi tu ada duit atau hanya sekadar suka macam setengah mati tetapi tidak mampu walaupun hendak membeli paper bag LV!
Tetapi yang paling parah kena jampi ialah mereka yang MEMBELI LOUIS VUITTON tiruan/ciplak/Grade AAA. Makhluk-makhluk seperti ini memang tiada class!
Kepada yang dah kena jampi, Tutti Lucky Charm Bracelet. Comei tak? Macam-macam ada, gajah,bunga, coklat, dadu.. cute sangat!
Ini mengingatkan CuteCarry kepada Ankle Charm Bracelet daripada Marc by Marc Jacobs.
Marc Jacobs ini memang minat sangat dengan charm ini. Patutlah Louis Vuitton dan label Marc Jacobs mesti ada charm ni!
CONFIRM..lepas ni kita akan lihat BANYAK sandal/kasut jenis macam ni di mana-mana. Listen to me.. CONFIRM! Cubalah jenguk-jenguk di Vincci atau Nose atau Charles and Keith.
Kepada yang tidak mampu membeli Louis Vuitton atau Marc Jacobs, tolonglah jangan membeli barangan ciplak. Cara untuk mendapat fesyen terbaru ialah membeli jenama yang MURAH tetapi tetap yang ORIGINAL!