Ning Baizura mengandung!
13 September 2012Tiz Zaqyah; Duta May in Wanpa
13 September 2012Cuba kita lihat, wajah peserta America’s Next Top Model, Jael Strauss dahulu dan sekarang. Terkejut tengok peserta Season 7 ANTM ini yang mengalami akibat yang teruk akibat pengambilan dadah.
Ini adalah sebab daripada dadah. Terdapat pelbagai jenis dadah, daripada ecstasy yang selalu didapati di club, disko, bar (sangat mudah didapati, cakap je terus ada orang hantar) sehinggalah kepada jenis cocaine. Semua orang tahu yang dadah adalah pembunuh bukan dalam diam tetapi terang-terangan.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=xaawnahaiys[/youtube]
CuteCarry pernah ditawarkan dadah. Ia bermula ketika CuteCarry mula-mula masuk didalam alam pekerjaan, masih teringat zaman muda-muda yang penuh adventerous dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Fesyen pun banyak tengah experimental, worst dress? Always….
Hakikatnya ramai juga kawan CuteCarry yang ambil dadah ketika itu, terutamanya yang suka clubbing. Ecstasy dikatakan boleh membuatkan mereka lebih leka menari. Banyak kalilah juga CuteCarry ditawarkan supaya ambil ecstasy, daripada yang hendak ‘sponsor’ CuteCarry (waktu tu saham tinggi kononnya!) sehinggalah kepada yang hendak menjualnya dengan harga rendah, sekitar RM40-60 sebiji.
I SAID NO, NO THANKS. I LOVE MY BODY!!!
CuteCarry juga pernah dikatakan kolot sebab tidak mengambil dadah.
Kisah berlaku disebuah rumah rakan CuteCarry. Ketika sampai ke rumah beliau, terlihat dia sedang melakukan sesuatu..
O-M-G: Dia sedang mengambil dadah jenis kokain!!
Dia pun menawarkan kepada CuteCarry ‘hendak rasa tak cocaine?” CuteCarry pun takpelah saya tidak ambil dadah. Tak biasa.
Terus dia cakap “kau ni kolotlah, ketinggalan zaman!”
I am happy to be labelled as an outdated because I don’t take drugs. Nothing to be proud if you do drugs.
Baik outdated sebab tidak ambil dadah daripada outdated dari segi dressing!
Selepas itu, CuteCarry pun menjauhkan diri daripada dia. Malas hendak berkawan dengan orang sedemikian. Bayangkan jika dia sedang mengambil dadah tiba-tiba polis datang menyerbu, haruslah CuteCarry pun diangkut sekali ke balai. Choiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ia hanya satu keseronokan sementara yang dipohon oleh mereka yang tidak tahu apa itu keseronokan sebenar. Nasib baik CuteCarry kata NO, kalaulah CuteCarry ambil dadah, mesti dah hidup tidak tentu hala, kerjaya entah ke mana, duit pun mesti tidak lekat.
Kepada adik-adik yang baru nak berjinak-jinak CuteCarry ingatkan, janganlah ambil dadah. Hendak cuba mencuba pun jangan. Buruk padahnya jika anda mengambil dadah. Orang-orang yang CuteCarry kenal dah pernah mengambil dadah mengalami pelbagai kecelakaan; daripada berhalusinasi sehingga menyebabkan pergaduhan antara rakan-rakan dan keluarga, disisihkan oleh masyarakat, kerjaya tidak berkembang dan pelbagai lagi. Tahap hidup diaorang daripada teruk kepada worst!
JAUHI DADAH. Sayangi badan anda.
CuteCarry with my niece, Damia yang amat disayangi. Wearing baju melayu Ready to Wear by Omar Ali.
Sebelum mencuba dadah, sayangi orang disekeling anda!
btw.. to my niece Damia, if you ever read this (now I guess you are all grown up), you know how much I love you and remember:-
SMART KIDS DON’T DO DRUGS!!!
Uncle loves you…