Miss Malaysia Model of The Worth.. I mean World 2012
24 September 2012Stylegasm: Gambar Zahnita Wilson Mengandung
24 September 2012Jika kita mendengar perkataan Sultan Brunei, sudah terbayang kemewahan yang berganda dengan wajah Sultannya yang macho. Memang dia kaya dan memang dia macho. Terbayang juga istana Sultan Brunei yang mewah!
Hendak tahu satu perkara? CuteCarry dah masuk ke dalam kawasan Istana Sultan Brunei!
Jangan tanya apa urusan CuteCarry didalam untuk layak masuk ke sana tetapi cukuplah CuteCarry katakan yang CuteCarry hanya mengiringi VVVIP. Memang marvelous istana Sultan Brunei. Tidak pasti bahagian mana yang paling cantik tetapi bangunan yang CuteCarry masuk tu pun dah cantik. Syukur alhamdulillah…merasa juga!
CuteCarry tidak pernah ada peluang untuk berbicara dengan Sultan dan Permaisuri Brunei tetapi mengikut kata orang-orang Brunei yang CuteCarry kenal,Permaisuri Brunei dikatakan sangat baik, humble dan down to earth. Eloklah kalau begitu, kaya dan berbudi pekerti baik pula!
Tetapi pada entry ini kita tengok sekitar majlis perkahwinan anak tuanku, Puteri Hafizah Surusul Bolkiah, 32, pada majlis yang diadakan di depan sejumlah tetamu pada 19 September, Rabu lalu.
Puteri Hafizah merupakan anakanda kelima Sultan Hassanal Bolkiah dengan isterinya, Permaisuri Pengiran Anak Saleha.
Anakanda Sultan Brunei itu mempunyai ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan dan bekerja sebagai seorang pegawai di Kementerian Kewangan.
Pengiran Muhammad Ruziani, 29, pula bekerja sebagai seorang kakitangan awam. Beliau juga adalah lulusan daripada luar negara. Bukan calang-calang orang ye!
Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai 12 anak, lima lelaki dan tujuh perempuan daripada tiga perkahwinannya.
Cantik juga baju kahwin mereka ni kan? Agak-agaknya siapakah designer ? Adakah designer Malaysia. CuteCarry cuba mencari maklumat siapakah designer untuk perkahwinan ini tetapi maklumat agak tipis. Ermmmm…. sapa tahu sila bagitau CuteCarry. Hendak teka takut salah..rasa-rasa macam tahu!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=2EipiJIaAXM&feature=player_embedded[/youtube]
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=6bwqLiWr5fM&feature=player_embedded[/youtube]